Nuffnang Ad

Friday, 5 August 2011

Menjamu tetamu dari Malaysia

Untuk hari kedua Ramadhan, kena masak special sikit sebab ada tetamu nak datang, satu keluarga yang baru sampai dari Malaysia dengan my Adelaide's gang here, Mai. So, bertungkus lumus memasak since pukul 3 petang, mencabar sungguh tau sebab Daddy Jack belum balik, lepas tu dengan my kerinting yang sibuk mengacau sama di dapur akhirnya siap juga hidangan yang tak diduga.

I buat Nasi Kabsah for my tetamu, senang aje buat nasi ara nie sebab tak payah nak sibuk buat kuah semua, just nasi, ayam and some sauce serta salad, mudah tapi sedap. Tiba-tiba teringat makan di Hadramawt, sedapnya.

My salad, just put some mixed salad beli pre pack kat Coles, then tambah tomato, bawang, and then put some lemon juice and salt pepper to taste, sedap.

Kalau kat Hadramawt tak ada makan dengan papadom, cuma kat Pelita aje ada...hahahahha.

Selalu sangat buat bread pudding, sampai the boys mcm dah jemu makan, so try put some chocolate pulak untuk kelainan and sedapnya tambah pulak makan dengan hot custard, terangkat.

Ada lebihan mihun dalam fridge so pikir Daddy Jack tak makan nasi so kenalah jugak habiskan mihun tu, nanti tak tahu bila pulaklah nak gunakan so sementara kecoh-kecoh tu sempa jugak buat Mihun Singapore aje, senang.

My nasi kabsah, agak terlebih warna sikit so nampak menyerlah sangat my nasi untuk berbuka tu.

My tetamu, Yasmin from Malaysia. She's the one yang akan belajar di UNISA West City campus and attached dengan Uitm Shah Alam under Faculty Business. I kenal die through blog, and after that I tolong die buat preparation nak masuk sini.

Yasmin datang dengan suami dan tiga anaknya. So suaminya akan jadi Mr Mama selama 3 tahun la lepas nie. Ramai juga My Adelaide's gang yang menjadi Mr Mama nie, salute juga boleh menguruskan rumah dan anak-anak yang masih kecil lagi.

Meet Yasmin, my new Adelaide's gang for another 3 years. All the best, Min. Banyak benda yang Min risaukan disini, kami sama-sama bincang and beri pendapat, Insyallah...dengan adanya komuniti Melayu di sini, semuanya selamat. Jangan risau, Min. We will help each other.

4 comments:

  1. wow, gathering! banyak mknn, pasti menyelerakan, makan ramai2:)) happy fasting sis.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sedapnya tgok hidangan berbuka. Saya Ana, Insyaallah plan nak sambung di UniSA next year. Memang banyak benda yang dirisaukan kami suami isteri, terutama ttg career suami.. mm..

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan buat Gina and family. iskk dtg sini ja tgk ada jamuan.. kalau la dekat2 best la bole serbu rumah Gina hahaha

    ReplyDelete
  4. Fifiey
    Makan ramai-ramai mmg menyeronokkan, Happy Fasting to you too

    Anna
    Alhamdulillah, nanti contact la gina at my email..gina_manan@yahoo.com kalau nak tahu apa-apa pasal Adelaide nie and Im willing to help out.

    Kak Umi
    meh la dtg Adelaide nie, saya masakkan untuk Kak Umi sekeluarga

    ReplyDelete