Nuffnang Ad

Saturday, 27 August 2011

Balik kampung..ohhh..balik kampung

Selasa lepas, kami sekeluarga telahpun selamat kembali ke Malaysia buat kali ketiga untuk tahun ini. Kali nie kami ambil flight pagi dalam pukul 9 untuk berlepas ke Malaysia. Dah 2 kali ambil flight petang so kali nie nak cuba naik flight pagi pulak. Ingatkan tak ramai yang naik flight pagi, hmm tak juga. Mat salleh memang suka naik MAS nie berbanding dengan Qantas, katanya selesa and murah.

Perjalanan kali ini mencabar sungguh, Ryan dah semakin lasak dibuatnya. We all pulak lupa nak bagi ubat untuk tidurkan die sebab pikirkan dah bangun seawal jam 5 pagi, sure mengantuk giler, rupanya tak, bertambah aktif pulak tu.

Danish okay aje, tunggu nak main games and tengok movie aje. Tambah suka bila ada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, so layan cerita tu aje sepanjang perjalanan.

Tahun nie dah 3 kali kami balik Malaysia, so perasaan tu biasa aje. Tak sama macam masa first time balik dulu. Lagipun jarak masa balik kali kedua dulu pun tak lama, dalam 2 bulan aje. Lagipun balik nie ada benda penting yang kena uruskan dulu selain menyambut hari raya, kan.

Macam-macam perangai my kerinting buat dalam flight nie, duduk bawah kerusi, tumpahkan makanan dan macam-macam lagilah. Oh, pening dibuatnya.

Bila time the crew nak serve food, I terus telan air liur ajelah, maklumlah puasa kan. Kalau naik flight petang, bolehlah berbuka atas flight tapi since ambil flight pagi, so kenalah telan air lir ajelah. As for that day, they all served nasi lemak and omellete for main dish. Alamak !!! dah lama tak makan nasi lemak nie. So, both boys ambil each dish. At this time, Ryan dah tidur so I mintak the crew untuk simpankan untuk die, so nanti bila die bangun tido, baru bagi.

Berselera sungguh Danish makan nasi lemak. Bau pun menyusuk hidung..hmm, sabar...sabar puasa. Bagi kami yang berpuasa nie, lami minta the crew untuk pack up kan our makanan so nanti bawa balik aje.

Entah kenapalah, masa dalam flight nie, berselera sungguh la tengok Danish makan. Adik die punya makanan pun die hentam jugak. Kebetulan pulak, the crew baik sangat dengan my boys, banyak benda yang the boys dapat, soft toys, colouring books, sticker and macam-macam lagilah. They even buatkan cornflakes and bagi air milo and some biscuit untuk the boys. So, apa lagi, Danish cicah air milo dengan biskut la dalam MAS...hahahahaha.

At first pikir nak balik rumah naik ERL ajelah, nak bagi the boys merasa balik naik train tapi after dah pening-pening lalat semuanya so we all balik naik kereta ajelah. Lagipun ayah and Ibu dah tunggu kat KLIA. Plan asal Ayah lagi kelakar, Ayah cakap suruh aje driver ayah ambil barang, then Ayah dan Ibu sama-sama balik naik ERL..hahahah, tak payah lah..so sampai aje pintu ketibaan, terus cakap kita balik terus naik kereta.

Balik kali nie tak bawa beg besar, hanya bawa 2 beg kecil and satu kotak sahaja. So tak payah susah-susah nak angkut masa nak claim baggage. Lagipun, kami balik kali nie tak lama, cuma 2 minggu sahaja.

Daddy Jack kata, kali nie kita light travel aje, tak payah nak angkut banyak-banyak barang dah. Dalam beg tu pun hanya beberapa baju aje...tapi tak tahulah masa balik Adelaide nanti..adakah beg-beg itu akan beranak ? Hmmmm, kita tunggu ajelah lagi 2 minggu yer

No comments:

Post a Comment