Nuffnang Ad

Thursday, 11 August 2011

Berskype

Dah lama Danish nak bervideo call dengan saudara mara di Malaysia, tapi tak pernahnya dapat. Yer la, adik-adik I tu sibuk memanjang, lepas tu sorang ada, sorang tak ada, Ayah dan Ibu pun ada di Kuanta, so mmg tak boleh nak bervideo call pun. Until masa minggu pertama puasa tulah baru dapat buat video call, itupun bila tahu Ayah balik KL. So, kalau Ayah balik KL bulan-bulan puasa nie, rumah Melawati tu memang meriahlah dengan makanan. My siblings pun akan berkumpul, walaupun Didi tu duduk Shah Alam, dia gagahkan jugak datang.

The boys dah nak tido, so kena jugaklah buat video call walaupun orang di Malaysia dok ketung ketang membuat persiapan di dapur. Yang malas nak buat video call nie bukan apa, jealous tengok makanan penuh meja. Macam-macam ada, baik yang buat atau yang beli kat Pasar Ramadhan. Iskh..iskh, geram sungguh la.

Melopong jugaklah Ryan bila tengok muka-muka yang dikenali dalam komputer. Dalam fikirannya sure rasa, kenapa jauh sangat mereka nie, lama jugak die dok perhatikan. Danish pulak, lepas cakap dengan Ayah, tahu-tahu dah diam, pastu sok sek, sok sek tepi komputer..la sedih rupanya. Sabar yer Danish, tak lama lagi.

1 comment:

  1. bila baca part danish, meleleh2 sama baca..huhuhu

    ReplyDelete