Nuffnang Ad

Wednesday 3 August 2011

The Showdown

Last Sunday ada game besar di Adelaide nie. Orang Aussie suka sangat dengan footy aka football. Ianya lebih kurang mcm rugby but adalah berbeza sikit, tak tahulah tang mana, I malas nak pikir sebab tak minat. Game nie hanya dimainkan di Australia sahaja. setiap state ada team sendiri, like Adelaide ada dua, Adelaide Crows and Port Adelaide. Daddy Jack and Danish penyokong Adelaide Crows.

Game nie lama, dekat 3 jam jugaklah. Start dalam pukul 4 petang tapi Daddy Jack keluar awal, lepas Zuhur mcm tu sebab nak cari parking. Game bear mcm nie, takut tak ada parking. Ohhh, as usual, I tak ikut yer, rela tinggal dengan my kerinting aje.

Menurut Daddy Jack, masa die sampai dlm pukul 2 lebih tu, orang punyalah ramai, dah macam pesta aje di sekitar stadum. Ada yang buat BBQ, picnic, berbaring atas padang dan siap ada playgorund khas untuk kanak-kanak. Patutlah orang sini cakap, kalau ada game besar, di stadium mcm ada pesta, and orang berkumpul since pagi lagi.

Danish nie, kalau pi apa-apa game tak kiralah soccer, rugby sure nak buat face panting. Nie pun buat jugak, just lukis gambar mascot aje. Mujur tak conteng satu muka macam tengok rugby dulu.

Burung gagak adalah mascot utama bagi Adelaide Crows nie. Kalau di Malaysia, burung gagak siap kena tembak lagi.

Footy nie memang menjadi kegilaan orang Aussie, stadium memang penuh dengan peminat-peminat footy.

Anak-anak kecil like this baby pun turut dibawa ke stadium. Daddy Jack kata, siap berbungkus dengan selimut sebab sejuk, then pakai ear plug sebab takut rosak telinga sebab suasana yang bising.

Game nie lama, 3 jam tu. So, hari oun dah gelap walhal baru pukul 530 petang waktu nie.

Dekat pukul 730 petang, game pun habis, mujurlah team mereka berdua memang, kalau tak semua balik dalam kehampaan aje.

Lepas habis game, semua boleh merasa berjalan atas padang nie, tak siapa melarang, suka hatilah nak buat apa pun.

Main bola boleh, lari-lari pun pun boleh jugak.

Danish balik dengan kgembiraan. Daddy Jack beli macam-macam, bola, jersey dan segala memorabilia Adelaide Crows, hai la...nampak gayanya I tak adalah nak minat sukan-sukan nie, sekadar gitu-gitu aje. Baik minat handbags and kasut, lagi bagus.



No comments:

Post a Comment