Nuffnang Ad

Monday 22 August 2011

Bergabung moreh

Lepas rumah Santhy, kami bergegas ulak ke rumah kawan kami, Surah untuk moreh pulak. Surah nie kan belajar, so die pun tak sempat nak sediakan juadah untuk berbuka so hanya sempat nak buat majlis moreh ajelah. Surah buat moreh nie pun last minutes punya decision sebab nak meraikan kepulangan kawan kami, Haiza and Azidi yang telahpun selamat sampai ke Malaysia on Jumaat lepas.

My boys nie kan pantang nampak nasi dengan ayam goreng, lagipun makan ramai-ramai dalam keadaan hiruk pikuk memang sedap agaknya kan pada budak-budak. Kalau makan dengan kami berdua pun dah kecoh, inikan pulak bila dah jumpa geng masing-masing.

I pun tak sempat nak ajak Azidi and Haiza datang ke rumah untuk berbuka puasa sebab decision mereka untuk balik Malaysia terlalu mengejut. Mereka bukan balik sekejap untuk beraya, tapi balik terus. So, pagi tu, I ajak la Surah untuk share buat majlis makan-makan untuk Haiza sekeluarga, tapi takut jugak sebab ada yang dah booking mereka dulu untuk berbuka, tapi bila Surah confirmkan mereka boleh datang, so I cakap dengan Surah, I buat main dish iaitu kari ayam. Kesian jugak kat Surah, dahlah balik from Uni lewat, so tak payah dok kalut nak masak beria-ia lah, hanya msak nasi and goreng apa yang patut aje, cukup.

Daddy Jack pun terkilan juga sebab tak dapat buat makan-makan untuk Azidi nie sebab masa we all first time sampai ke Adelaide, malam tu Azidi datang rumah, bertanyakan khabar lagi. Tu yang Daddy Jack rasa terkilan sangat. Tak apa, dapat jumpa and berkongsi buat makan-makan pun dah okay dah.

To Haiza, all the best di Malaysia. Gagal sekali, bukan bererti gagal untuk selama-lamanya yer. Take care and kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment