Harap maklum, entry-entry ini akan diselitkan dengan kisah masa di Adelaide sebelum kembali ke Malaysia yer....
2 minggu lepas, pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah bertunggu tangga di airport Adelaide untuk menghantar Haiza sekeluarga yang kembali ke Malaysia buat selamanya. Haiza tak dapat menghabiskan PHDnya disini atas masalah supervisornya yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Kesian die, menghabiskan 2 tahun yang sia-sia sahaja.
Antara yang terasa sangat dengan kepulangan Haiza sekeluarga adalah Kak Liza. Kak Liza nie dah mengasuh anak Haiza, Umar since Umar 3 bulan lagi. Umar dah rapat sangat dengan Kak Liza serta Kak Ina.
Tak ramai yang menghantar Haiza sekeluarga, maybe sebab mereka ambil flight pagi so ada yang kena hantar anak ke sekolah, nak siap ke uni dan macam-macam lagi hal.
Untuk mengekalkan persahabatan, adatlah bertukar no telefon di Malaysia. Mujur I retained my old number, so senang nak ingat. Macam Daddy Jack, habis nombor yang dipakai selama beberapa tahun. Balik nanti, nak kena guna nombor baru pulak.
Take care, Haiza..all the best in everything. Dengar cerita pun, Haiza dah mendapat tempat di UKM, so teruskan perjuangan Haiza di Malaysia pula.
Umar pun dah semakin besar dan nampak agak susut sikit badannya. Mungkin sebab dah melasak sangat, maklumlah anak lelaki, kan.
2 boys nie baru nak berkawan, maklumlah lebih kurang aje umur mereka, tapi dah nak berpisah. Dahlah, budak sebaya Ryan di Adelaide ni tak ramai yang lelaki, so Ryan kenalah berkawan dengan yang besar-besar aje.
Iskkk, asal pi airport aje, jumpa aje ahli sukan yang dikenali. Berlari-lari Danish mengejar si pemain nie. Footballer rupanya, pemain Adelaide Crow, Walker namnya. Lepas nak turun lif ke parking space, ternampak pulak beberapa players Adelaide Crow nie tgh naik escalator untuk ke departure hall..Melepas Danish nak bergambar. Tak apalah, maybe next time boleh bergambar lagi sebab kita nak mengejar masa untuk hantar Danish ke sekolah pulak.
naper bleh jadi gitu plak..sian dier. takpe la..mayb rezeki kat sini kot. apa pun gud luck Haiza..
ReplyDelete