Nuffnang Ad

Showing posts with label mumbling. Show all posts
Showing posts with label mumbling. Show all posts

Sunday, 1 January 2017

Happy 2017


Selamat Tahun baru buat semua pembaca Sweet Like Candy
Terima kasih kerana membaca blog yang makin suram ini. Insyallah tahun 2017 nanti akan cuba mengaktifkan lagi cerita di dalam ini.

Tahun 2017 diharapkan dapat memberikan kemurahan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik serta kejayaan di dalam apa juga bidang yang diceburi.

Tahun ini juga, untuk pertama kalinya Danish akan mengambil peperiksaan besar UPSR. After apa yang terjadi dengan keputusan UPSR tahun 2016 telah membuka mata semua pihak betapa susahnua soalan untuk anak-anak tahun 6, so we all kenalah bersedia mental and fizikal pada tahun ini. Banyak aktiviti yang akan dibekukan buat sementara waktu sampailah habis exam UPSR dan juga PSRA.

Buat semua pembaca yang budiman, saya doakan agar anda semua sihat sejahtera, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik pada tahun 2017 ini. Bersama-samalah kita doakan agar semua urusan kita dipermudahkan sepanjang tahun ini.

Amin

Monday, 24 March 2014

Mumbling rumbling

Mujurlah rumah ni ada pantry, lebih kurang sama macam rumah di Adelaide dulu. Senang la nak organise my groceries yang banyak tu.

Sesekali meneman Ibu pergi shopping, best juga dapatlah belek kasut-kasut mana yang cantik.

Terkedu kejap my Kerinting tengok orang buat burger di gerai burger di kawasan rumah I ni. Ada macam-macam jenis burger ada dijual disini, dari burger ayam dan gading sampailah ke burger rusa dan juga arnab.

Dah beberapa kali dah I lunch seorang, maklumlah kawan-kawan yang lain kerja so I uruskan beberapa hal then makan terus. Nak tunggu geng cuti entahlah bila.

Kalau bosan makan dirumah, lepas hantar budak sekolah pi breakfast di Club House sambil menikmati pemandangan yang indah.

Lepas settle bil letrik di TNB, lepas lelah kejap di Secret Recipe sambil makan black pepper pie dan juga caramel latte.

Terjebak dengan Sugarscarf sekarang ni after I tengok one of my Adelaide's gang, Aqilah pakai selendang dia. Nampak cantik pulak tengok bila masuk ke butiknya. Hmm, beli a few dulu, belajar cara-cara ikat selendang dulu then baru ada confident nak pakai diluar.
 

Thursday, 6 September 2012

Phuhhhh

pic from Cik Google

Oh my...oh my dah berapa lama I tinggalkan blog ini, rindu nak berblogging tapi apakan daya, minggu ini agak sibuk sikit sinca balik dari Melbourne lepas, than hujung minggu ni my turn pulak di Adelaide ni untuk buat open house, menjamu kawan-kawan dengan hasil masakan I sendiri. Phuhhhh boleh kurus dibuatnya. Till next entry yer...

Thursday, 26 July 2012

Iskh...iskh KLCC

Baru 6 bulan tgglkan KLCC terus dah bertukar wajah, siap ada macam-macam jenis store lagi. Terasa macam pelancong asing pulak bila datang KLCC. Oroton ni mmg dah tahu kewujudannya, tapi tak sempat nak melawat masuk dalam.

Awal tahun lepas baru beli beg ini, tak pakai lagi masih duduk dalam paperbagnya lagi. Baru aje masuk pasaran Malaysia 3 bulan lepas and now dah ada less? Hmm, orang Malaysia tak pandang Oroton kah?

Masuk Parkson lagilah pelik, sampaikan siap tanya Security Guard lagi "Is this Parkson?". Memang berbeza habis dengan apa yang ditinggalkan dulu. Dah banyak designer stuffs for kids. Siap ada Marc Jacobs Junior, Paul Smith and even Kenzo lagi. Hmm bertuahlah kepada sesiapa yang mampu nak pakaikan anak-anak mereka dengan pakaian yang mewah-mewah macam nie.

Even ada Junior Armani juga untuk kids

Paling pengsan, bila nampak budak-budak perempuan di Malaysia bawa handbag Burberry sambil jalan-jalan di KL, adoiii la. Mewahnya orang Malaysia sekarang yer.

Sunday, 17 June 2012

Sejuk yang melampau ni

Ohh, dah berapa siang and malam kesejukan melanda. Tak tahan rasanya. Duduk dalam rumah baju berlapis-lapis, sentiasa bertudung sebab nak cover telinga dari sejuk, sampai Ryan asyik la bertanya bila bertudung dalam rumah.."Kita nak pergi mana, Mummy?"..tak kuasalah nak keluar berjalan-jalan pergi park sejuk-sejuk nie, baik kita duduk bawah selimut ajelah Ryan.

Friday, 20 April 2012

Susahnya lah

Thanks, Mr Google

Adoiiii aiii, lama nya nak tunggu internet connection nie. Banyak cerita tergantung aje...Sabar Gina, sabar...Hopefully, by next week dah okay lah.


Wednesday, 18 April 2012

Pindah randah

Thank you, Mr Google

Sorrylah yer, masih belum dapat menulis entry-entry terkini lagi sebabnya masih dalam proses membuka kotak-kotak barang dari berpindah ke rumah baru nie. So far, we all buat ikut bilik-bilik dulu. Hall dah hampir settle, even bilik pun sama jugak. Dapur haruslah settlelkan dulu, kalau tak settle, mcmana nak masak? Sini bukannya banyak tempat makan, kalau ada pun mahal sangat, sesekali aje bolehlah makan luar, kalau selalu parah jugak nak membayar bilnya. Mujurlah urusan perpindahan nie inlwas ada di Adelaide so dapatlah membantu dalam mengurus, mengemas dan juga membersihkan mana-mana yang patut.


Thank you, Mr Google

Agak letih juga beberapa hari nie, mengemas dan juga lap mana-mana yang patut. Apa yang perlu dibuang pun dibuang jugak. Banyak benda yang disimpan, kalau taknak guna, pejam mata aje buang. Malas nak pikir dah. Hopefully, dalam minggu nie settlelah bab-bab menyusun barang-barang yang dalam kotak sebabnya minggu depan dah start buka sekolah, so lagilah kelam kabut dibuatnya.


Tadi, baru settle technician datang, install our Foxtel, nie tgh tunggu internet pulak untuk disambung kembali. Dah seminggu dok berharap guna broadband aje, tak boleh tgk cerita melayu..dan yang paling penting, tak boleh nak online sangat masa memasak sebab tak ada wireless...huhuhuhuh. 3 hari tak buka email, inbox dah penuh macam nie, kalau seminggu tak bukak email, tak tahulah banyak mana.

Monday, 5 March 2012

Busy Bee

thank you, Mr Google

Hari nie tak sempat nak update apa-apa pun cos busy sikit, actually since weekend lepas cos Danish tak berapa sihat, sakit gigi then on Saturday memenuhi undangan birthday party, then balik pun penat. On Sunday, pulak pagi dah keluar ke Sunday Market, usual activity then lepak, and tengokkan Danish yang sakit gigi lagi..then today, since pagi tadi...ada pulak accident depan rumah nie, then pukul 12pm bergegas ke klinik gigi untuk Danish's appointment. Balik tadi pun, just lpak cos baru terasa penat...tomorrow will be normal as usual yer.

Sunday, 29 January 2012

Bahan bacaan ketika senggang

Dulu, I memang suka membaca, tak kisahlah majalah, novel ataupun newspaper. Ada masa terluang mesti membaca. Tapi sekarang, semangat itu masih pudar, semenjak menguruskan keluarga nie, so tak banyak masa untuk membaca. Baru selak muka depan.."Mummy, nak susu" takpun "Mummy, nak makan" so lupakan niat tu dululah. Mujurlah ada internet, so rajin lah membaca blog serta berita online. Di Adelaide nie, kalau nak semangat membaca pun, setakat belek katalog ajelah.

Antara katalog yang selalu dibelek, telek dan juga diangan-angankan..huhuhuhuh

Ini pun boleh jadi bahan bacaan juga, cara-cara menjaga set pinggan mangkuk pujaan ramai orang tu.

Heheheheh, kami pun pernah muncul dalam bahan bacaan juga tau..cerita 8 tahun lepas di dalam majalah Pengantin. Ada satu lagi majalah Wanita, tapi tak sempat nak cari dimana. Merasalah jadi artis sekejap, kan.

Saturday, 28 January 2012

Nasi Lemak oh Nasi Lemak

Dulu, heboh sekejap bila ada ura-ura nak hentikan penjualan nasi lemak disekolah untuk mengelakkan kanak-kanak sekolah mengalami obesiti. Yer ke? Nasi lemak menjerumus kepada obersiti? Entahlah yer..masa zaman I sekolah dulu, rasanya ada ada makcik kantin menjual nasi lemak, mee kari. Even masa I pergi ikut Daddy Jack pergi jumpa cikgu sekolah, I melepak kat kantin sekolah, tengok kantin sekolah sekarang bukan macam kantin sekolah zaman I dulu.

Dah banyak makanan dijual macam burger, mee goreng, nasi lemak, kuih muih even siap ada gerai untuk bancuh minuman. Hebat sungguh !!! Berapalah agaknya duit belanja anak-anak sekolah sekarang yer...

Apa-apapun, nasi lemak tetap kekal sebagai antara makanan kita. Tak kiralah dimakan waktu bila pun, pagi atau malam..nasi lemak tetap menjadi pujaan. Samada berbungkus daun pisang ataupun yang berhidang.

Sunday, 30 October 2011

Busy like a bee

Im sorry, Im sorry...dah beberapa hari tak update..since Ibu and my family datang, I've been busy entertained them. Masak makan, bawa jalan-jalan so memang penat. Malam aje, pukul 9 dah masuk tidur dah, cos esoknya nak bangun awal untuk sediakan breakfast semua.

Tapi, bila Ibu ada berjalan memang tak ingat dunia. Asyik keluar and beli barang..Ibu, Ibu baru 2 minggu dtg Adelaide, beli barang macam nak rak. Harapnya jangan lah sampai terlebih muatan. Parah pulak nak membayarnnya nanti.

Wednesday, 21 September 2011

Kenangan balik Malaysia

Dah berbulan-bulan tak merasa makan pisang, kalau anak-anak bawa bekal pisang ke sekolah tu, mmg anak orang kaya la sebab harga pisang kat Adelaide nie melampau-lampau mahalnya lepas ladang pisanh dilanda taufan awal tahun dulu. Beli 3 biji dah nak dekat RM30 ringgit so bila nampak pisang kat supermarket cuma telan air liur ajelah. Balik Malaysia, tengok kat Giant, pisang bergantung-gantung and apa lagi, beli seiikat terus lepas dendam buat cekodok pisang la.

Dah 3 kali balik Malaysia, so dah tiga kali jugaklah membeli berus gigi. Berus gigi yang sebelum nie tak tahu yang mana satu so better beli baru ajelah.

Mencari Coach cleanser for fabric nie di merata-rata butik Coach tapi semuanya dah habis. Hmm, nak kena suruh orang lain beli and then poskan ke sini la nampak gayanya. Ker nak balik Malaysia dalam masa terdekat nie ? Heheheheheheh.

Saturday, 17 September 2011

Kuih tunjuk

Ohh, sangat impress dengan kuih muih yang dijual di Giant. Banyak betul, sampaikan ke luar pun masih berkotak-kotak kuih. Kalau I beraya di Malaysia, jarang beli kat sini, normally tempah dari orang yang biasa aje. Selalunya nak kena rasa dulu, then baru beli. Tahun nie, sempat jugalah menempah kuih tart from Ayu the Sun. Memang sedap sangat, melt in my mouth. Order sampai 3 balang, tapi sebalang setengah dah nak habis sebelum raya lagi.

Macam-macam bentuk, jenis dan juga warna kuih raya sekarang nie yer. Ada tu, dari jauh dah nampak warnanya like hijau and pink. But after a week of Syawal, Giant start buat sales in kuih raya nie like 30%. Thought of nak beli and bawa balik Adelaide, tapi takutlah pulak tak lepas dengan Pak Kastam sini walaupun ada aje my Adelaide's gang yang family tolong poskan ke Adelaide but I dont want to take any risk cos I ada bawa balik a few makanan, takut kena rampas pulak semuanya. Tak apalah, sempat lagi nak buat kuih raya nie.

Saturday, 13 August 2011

Depa pun sibuk juga

Kita orang Islam kan tengah berpuasa, dah 13 hari dah pun masuk hari ini..alih-alih semalam ternampak satu envelope dekat bawah pintu depan rumah. Ingatkan adalah my Adelaide's gang yang datang rumah tapi ketuk pintu tapi tak berjawab sebabnya I keluar sekejap semalam.

Rupanya-rupanya envelope tu mengandungi invitation untuk ke church..la, orang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan, dep pun sibuk jugak nak buat ibadat mereka. Hmm, tu la kan, duduk di negara orang, banyak dugaan yang kena tempuhi like this things, iman pun kena kuat sebab mereka dik nak menyampaikan ajaran mereka, dengan pelbagai cara tak kira cara halus ataupun terang-terangan.