Nuffnang Ad

Sunday, 16 September 2018

Hujung minggu at One Utama

Biasalah hujung minggu lepas cuti yang panjang, we all tak pergi mana-mana pun. Lepak rumah cos Danish ada tournament bola, lagipun tak ada plan pun nak berehat di mana-mana. Lepak rumah, main pool dan juga keluar jalan-jalan ajelah.

Berjalan-jalan di One Utama, singgah Muji untuk melihat barang-barang rumah dalam tu, tapi Daddy Jack still sukakan IKEA berbanding disini, katanya macam tak best sangat barang-barangnya.

Masuk Uniqlo mencari beberapa baju-baju untuk the boys yang semuanya macam dah tak nak muat, dan juga dah out of season dah semuanya.

Dah lama tak makan di Chilli's so kali ni kita singgah la makan walaupun menu yang diminta mmg sama setiap kali datang makan disini, hehehehheeh.

Merajuk kena tingga dengan Daddy dan juga Danish yang pergi ke MPH nak cari majalah, so kenalah pujuk dengan Molten Lava Cake ni.

Tak habis di Uniqlo, sambung ke H&M pula, sini pun shopping lagi

Masing-masing happy dapat bahagian masing-masing, Mummy aje masih mencari-cari apa yang nak dibeli. Baju dah banyak dah beli, so tak nak la beli baju.

Daddy Jack ajak masuk COACH nak tgk handbag, tapi entah, tak ada feel pulak nak berhandbag baru sebab yang ada pun masih tak dipakai lagi.

The boys and Daddy Jack yang masing tak jemu-jemu lagi nak bershopping. Di ZARA pun sempat lagi mencari baju masing-masing.

Well, takkan nak balik dengan tangan kosong kan so singgah Sephora beli compact powder dan juga foundation from Laura Mercier ajela. Bedak yang sedia ada macam dah nak habis so beli baru untuk letak di office juga.

No comments:

Post a Comment