Pagi-pagi dah mengopi gunakan coffee machine. Teruja la katakan. Then membuat perancangan aktiviti pagi disini. Masa pun tak banyak cos we all tak lama disini so kena plan betul-betul semua aktiviti.
Ikut Daddy Jack nak pergi Zoo, Art Gallery dan bermacam-macam lagi tapi ikut I kita pergi jalan kat satu tempat, dari pagi sampai petang semuanya ada, siap boleh cuci mata lagi sambil tengok banyak new arrival..hahahahha.
Masuk Takashimaya dulu sebab we all pergi Orchard Rd naik teksi aje, malas nak bawa kereta sebab susah nak parking, so kebetulan nampak ni pulak.
The boys diberikan certain amount of dollars untuk membeli apa yang nak dibeli. Kasi chance la depa pilih barang yang berkenan dihati. So, pilih and bayar sendiri.
Jajan sedap, mini sausages yang halal dijual di foodcourt. Sedap, ada pelbagai perisa antaranya satay, teriyaki, rendang, wasabi dan macam-macam lagilah.
Ehhh dia ni, merajuk tak mengira tempat dan juga masa. Tengah I sibuk membeli kebab di depan Takashimaya ni, nampaklah dia ngan Daddy Jack tengah duduk di tepi tiang, entah apalah yang dimerajukkan dengan daddynya tu. Then ajak makan kebab pun taknak, beralih pulak duduk kat sini sambil pandang belakang.
Tengah sibuk menjengah butik Chanel, anak beranak ni sibuk membeli Laduree, one of the famous French macaroon. Ingatkan belilah lebih untuk I merasa, rupanya depa dok pulun anak beranak sambil bagi komen "sedap Mummy, rugi you tak rasa" macamana nak rasa kalau beli pun untuk mereka bertiga aje !!
Ohhh, kedai pujaan masa di Adelaide dulu, ni pun gatal menambah beberapa stok dah habis habis beli kat sana dulu. Sinilah outlet yang terdekat, tunggulah nanti if ada rezeki nak pi Adelaide, bolehlah menambah lagi.
Kalau ke Orchard Rd, memang akan cari Uncle jual aiskrim ni, sebab aiskrim dia sangat unik. Kebetulan hari memang membahang panasnya, so makan ice-cream adalah satu langkah yang bijak.
Taraaaa !!! Inilah ice-cream Uncle tu. Uniknya sebab dikapitkan dengan roti yang berwarna-warni. Ada pelbagai perisa aiskrim, tapi I prefer Chocolate chips punya.
Corelle di Takashimaya pun banyak yang cantik-cantik patternnya tapi tak larat dah mengumpul pinggan dan mangkuk, kali ni kita kumpul casserole ajelah.
Dah berapa kali pergi Singapore, tak sempat nak mencuba makan sup tulang merah yang sangat terkenal tu, kali ni dapat juga merasa makan di kedai mamak bersebelahan hotel tu. Sedap juga rupanya, patutlah ramai yang mencubanya kalau pergi ke Singapore. Cicah pula dengan roti, sampai bertambah-tambah bakul roti dibuatnya.
Sempatlah juga Daddy Jack menyambar ini untuk anak-anaknya. Dengan alasan, kesain Danish dan Ryan..tak ada toys nak main. Mak aiii, yang berkotak-kotak kita bawak balik from Adelaide tu kurang cukupkah? Kalau bab LEGO ni, rasanya pak dia yang lagi over excited dari anak-anak.
salam kak Gina. nak tanya, if shopping banyak2 kt singapore tu kena cukai tak masa nk blk Malaysia? mcm berminat nk beli corelle hujung tahun nnt.-azwa-
ReplyDeleteTak pastilah kena cukai ke tak cos we all taklah beli banyak pun
DeleteGina, tang smiggle tu aku pun excited, x sabaq nak pi adelaide, tambah koleksi... bukan koleksi aku, koleksi ika (maknyer pulak yg lebih2 :P)
ReplyDeleteSurah
Tak apa Surah
DeleteTunggu kita pi sana, angkut macam-macam. Kat Singapore tak banyak pilihan macam kat Adelaide la
Gina, part smiggle tu, aku pun excited! x sabaq nak pi Adelaide, tambah koleksi... koleksi ika hehehe (maknyer yg lebih2 ;P)
ReplyDeleteSurah