Sepanjang duduk di Singapore, we all tinggal di The Sultan. Hotel-hotel di sekitar Orchard Rd penuh so kenalah duduk di pinggir sikit, lagipun berdekatan dengan Arab Street dan juga belakang ni ada satu tempat menarik, Kampung Glam.
Hotel ni lebih berkonsepkan boutique hotel, but masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada beberapa elemen interiornya.
Facade bangunan yang mengekalkan konsep colonialnya
Disinilah ada sup tulang merah yang sedap tu, bersebelahan hotel sahaja. Dibuka pukul 2 petang dan tutup pukul 4 pagi.
Jalan depan hotel ni pun tak lah busy sangat, tak macam di Orchard Rd
Hari terakhir, baru nak cuba breakfast di hotel. Taklah banyak macam di hotel yang selalu we all pergi, just egg selection, cereal, vege samosa, coffee and tea sahaja. Itupun dah best dah, dengan berbagai-bagai pilihan menu telur tu. We all pun bukannya duduk aje dalam bilik, mostly keluar pagi, balik petang, lepak kejap then malam keluar lagi. Lepas tu balik bilik terus tido aje.
Nmpk cantik hotel tu
ReplyDeletememang cantik pun, ciri-ciri klasik kat situ
Delete