We all last minute decided untuk balik Kuantan, after Ibu cakap tahun ni semua open house di Istana and rumah MB dibatalkan sempena menghormati kejadian MH17, balik sebab Ayah ajak a few orang datang ke rumah untuk beraya. So balik Kuantan on Saturday, 26 July tu. Biasalah plan awal nak balik lepas sahur tapi harapan hanya tinggal harapan ajelah. Pukul 11am baru siap-siap nak berangkatnya pun.
So my rockchicks semua dah ready dengan rayban memasing, bertawakal ajelah dalam hati agar jalan tak jem bila waktu ni.
Hmm, keluar aje simpang from Taman Melawati menuju ke MMR2 pun dah mula jam dah. Jalan pun tersenguk-sengguk, adoi la mak, pukul berapa la nak sampai Kuantan ni. Daddy Jack cakap, mungkin kita sampai aje rumah, terus azam Maghrib untuk berbuka, huhuhuhuh.
Lagi stress bila my Twilight Blue dah tergarit dek kereta yang nak menghimpit masuk lane Smart tag. Eiiii, serius bengang. Mujurlah bersabar di bulan puasa, kalau tak jadi lagilah kejadian stering lock.
Terhencut-hencut la jalan menuju ke Bentong. Punggung pun dah tahap kematu dah.
Masuk terowong dah agak clear sikit, sepanjang perjalanan nampak banyak kereta yang berhenti di tepi jalan, ada yang panas enjin malahan ada juga yang merehatkan diri, tidur dan sebagainya. Mujurlah tak ada yang berhenti untuk makan.
Phewww, nak menyampaikan ke Tol Bentong ni memang menyeksakan jiwa dan raga. Sampai tol, jalan clear sangat-sangat. Betullah orang cakap, bila musim raya aje, kenderaan ke arah Kelantan la yang paling ramai sekali.
Alhamdulillah, sepanjang berjalanan hujan turun so sejuklah sikit tapi still kena berhati-hati takut jalan licin.
We all sampai Kuantan dalam pukul 4 petang, then tengok Ibu sibuk menyediakan kuantiti makanan yang banyak. Ingatkan ada orang datang nak berbuka puasa dirumah, rupanya Ibu nak berbuka di padang MPK depan Masjid Negeri tu. Memang before this pernah nampak jugaklah beberapa orang upload gambar kat FB pasal ni so tak sangkalah we all pun sempat join sekali dalam kemeriahan ini.
Danish ni memang pantang sungguhlah jika terjumpa lauk kari, kalau ada lauk kari memang berselera sungguh dia makan nasi.
Ramainya manusia di padang MPK ni, masing-masing membawa juadah yang pelbagai, siap bawa tikar dan segala macam lauk pauk.
Antara juadah piknik kami, ada kuih cekodok, mee udang, bubur lambuk, keropok lekor dan juga kuih muih. Sedap-sedap semuanya.
Kebetulan pula disutu ada pulak yang mejual pelbagai barangan mcm belon dan entah apa permainan ni yang jenis baling pastu dia kana mengeluarkan cahaya bila jatuh. So bebudak ni mulalah pelik so kenalah beli. Daddy la yang melayan cos Mummy busy bersembang sambil makan.
Tengah-tengah leka bermain tu, ada pulak la mangkuk mana tah yang pi baling main mercun kat tengah-tengah padang tu. Adoii la, kan ramai budak-budak kecil, kalau terkena kat mereka, tak ada siapa nak bertanggungjawab.
Selesai terawih, pi singgah East Coast Mall pulak nak berjalan-jalan melihat the new ECM ni, banyak juga perubahan kat sini, dah ada MAC, Pandora, Habib Jewel even Birkenstock and Uniqlo pun ada juga. Hebat dah kat Kuantan ni, tak lah sebosan dulu dah. Baru teringat the boys ni tak ada songkok tapi bila dah kat kedai tu, tak berminat dengan songkok, dah minat dengan kopiah ni.
Hah elok sangatlah tu, pakai kopiah pastu duduk lepak kat kedai Apek jual DVD, memang dah macam Cina Muslim dah.
seronok lah gina
ReplyDeleteramai3 makan atas padang tu .
mcm besh je..