Nuffnang Ad

Monday, 4 August 2014

Last minute shopping, masih sempat lagi

Kalau dah bershopping tu selalunya tak ingat dunia. Jumaat sebelum Raya pun sempat lagi pi shopping. Sepanjang highway, nampak ramai dah kenderaan yang berpusu-pusu keluar dari KL untuk menuju ke kampung halaman masing-masing.

Kali ini kita terjah One Utama pulak, ingatkan tak ramai la nak pergi since macam ramai aje yang dah berpusu-pusu balik kampung, rupanya masih ramai lagi yang nak buat last minute shopping.

Since dah sampai pukul 6pm, so kena mencari tempat untuk berbuka puasa dululah jawabnya. Danish nak makan Chilli's while Ryan nak makan Chicken Rice so dua-dua tempat ni penuh, hanya PappaRich yang masih available lagi.

Ramai juga orang dalam ni so ini ajelah buat untuk berbuka. Tak pernah tahu pulak di PappaRich ada Tau Foo Faa, sedap sangat. nanti nak ulang lagilah.

Udahnya nasi lemak juga yang menjadi pilihan masing-masing. Lama dah tak makan nasi lemak bila time puasa ni yer.

 I order nasi ayam, itupun ada jugak yang nak mengendeng

Roti paling sedap, selalu beli kat KLCC. Roti ni makan dengan butter and kaya, sedapnya

Singgah membeli jeans after dah lama tak membeli jeans. Well, dah balik rumah tetiba dapat call rupanya cashier uncharge bill pada debit card, malas la nak datang balik so masukkan duit dalam account aje senang citer.

 Melawat-lawat kedai rahsia akak Victoria aje.

Pergi mana-mana pun, baju anak juga yang menjadi pilihan. Kita yang mak-mak ni malas dah dah sibuk membeli untuk diri sendiri, beli mana yang perlu aje. Baju pun recycle mana yang masih elok lagi. Bagi peluang pulaklah kegembiraan beraya tu pada anak-anak pulak.
 

No comments:

Post a Comment