Nuffnang Ad

Sunday, 10 August 2014

First time, Istana Bambu

Mencuba berbuka puasa ditempat baru setelah Cafe Istana Budaya penuh dan akan bertukar pengurusan lain bermula Ogos ini. We all decided berbuka di Istana Bambu, ditepi MRR2 di Hulu Klang. Tak pernah cuba makan, hanya lalu aje bila nak ke KLCC. Cantik juga tempat ni, ala-ala resort aje. Kebetulan pula we all duduk bersebelahan dengan petak menanam padi. The boys menjerit-jerit dapat duduk sebelah padang rumaput. Tu la ansib anak-anak bandar, pokok padi pun tak tahu bezanya.

Ramai juga yang berbuka puasa disini, maklumlah dah beberapa hari lagi nak raya so semua dah malas nak masak-masak dah. Yang bujang dah pikir nak balik ke kampuing aje dah.

Dessert section yang sangat panjang, kuihnya pun kecil-kecil yang sekali ngap terus masuk mulut. Baguslah kan tak perlulah membazir if tak habis. Ambil mana yang perlu aje.

 Ini yang ditunggu-tunggu, kambing golek telentang..hahahhaha

Disini section goreng-goreng, ada kuay teow and mee goreng serta goreng pisang, popiah, dan macam-macam lagilah.

If ada yang datang membawa anak-anak kecil, bila makan tu jangan leka nak makan aje cos kat sini ada satu kolam, tak ada pagar pun so takut anak berlari terus masuk ke dalam ni.

 Ada laksa dan juga mee sup di gerai depan kolam ni

Seksyen lauk pauk ada juga disediakan disini, paling penting ada kuah asam pedas dan juga tempoyak ikan patin.

Dessert ada banyak jenis bubur yang disediakan antaranya bubur kacang, bubur pulut hitam dan juga pulur durian.

Satu ingatan yang penting, patutlah semua portion disini kecil-kecil aje, tak nak orang ramai membazir dan berlebih-lebihan bila mengambil makanan.

Masa bulan puasa lepas, we all tersangkut menengok cerita Berlima Ramadhan di RTM, mujurlah disini ada wifi free so bolehlah menonton secara live.

 
Lauk pauk memang sedap-sedap dan beraneka jenis. Memang sedap semua makanan disini, Insyallah jika berkesempatan bolehlah mencuba lagi berbuka puasa disini pada tahun hadapan pula.

2 comments: