Sorry, lama menyepi. Banya benda yang perlu diselesaikan semenjak bercuti lama ni especially hal sekolah anak-anak, menyiapkan homework yang diberikan oleh guru-guru, then beberapa hal lain lagi. So, now, jom kita sambung lagi.
Perjalanan kami yang panjang itu menuju ke Sydney. Memang we all dah pergi Sydney masa tahun pertama we all di Australia ni tapi kali ni nak try drive pulak. Tak ramai orang yang buat so we all pun nak merasa jugaklah drive jauh-jauh ni. Sampai di Sydney dalam pukul 630am, so breakfast dulu then baru menuju ke rumah cousin Daddy Jack, Niza yang masih belajar di sana. Lepak kejap and tidur sebentar then meneruskan perjalanan kami untuk adventure seterusnya.
Antara sebab kenapa kami ke Sydney lagi adalah untuk ke wax museum ni. masa pergi dulu beum siap lagi, so dah alang-alang datang Australia balik, so pergi la lagipun memang lama we all duduk Adelaide, so baiklah ambil masa seminggu untuk berjalan-jalan sambil release stress.
Merasalah juga ke wax museum ni, nak pergi di UK tu tak tahulah bila. At least ada some experience di Australia pun jadilah.
The boys pun tumpang seronok walaupun tak tahu apa yang ada dalam tu
Welcome back to Sydney !
Banyak patung-patung di dalam ni yang dibahagikan mengikut peranan masing-masing antaranya Captain Cook diletakkan di pintu masuk.
The Queen and Prince William serta Kate diletakkan di section pemerintah negara. Tengok Kate yang patung ni pun cantik, apatah lagi kalau tengok yang real.
Section yang paling digemari oleh Daddy Jack and the boys, sportsmen. Tapi sayangnya Beckham tiada disini.
Dengan Greg Norman pun sanggup bergambar walaupun tak berapa nak pandai bermain golf.
Then kita kebahagian entertainment pulak, dimulakan dengan Olivia Newton John, antara Australian yang popular juga dikalangan artis dunia. I suka menonton filemnya GREASE bersama John Travolta, satu filem muzikal yang memang hebat tahun 70an dulu.
Ni tak kenal siapa, tapi rasanya one of penyanyi terkenal di Australia dulu. Ryan berkesempatan la feeling main gitar, konon pandai la tu.
Ni I punya favourite ni, Lady Gaga in the house.
Daddy Jack berbangga bila Micheal Hutchene memakai Doc Mart sama macamnya
Shake it off, Miss Taylor
The most famous Australian, Kylie Minogue. Memang time sekolah dulu antara peminat dia. Suka sangat lagu duet dia dengan Jason Donovan dulu.
Einstein
Hahahahha, cerita yang tak pernah-pernah tamat dari dulu lagi, Home and Away. Para pelakonnya dah bersilih ganti, ada yang dah wataknya dimatikan tapi datang balik kononnya jadi abang/adik ataupun mati hidup semula.
Ironman pun ada jugak
Another famous Australian, Heath Ledger.
ET
Datuk Jackie Chan pun ada juga
Miss Monroe with her famous pose
Elle "The Body" McPhearson. Antara supermodel yang berbadan cantik di dunia, sebab tu dikenali sebagai The Body.
Rihanna, Justine Bieber and also Delta Goodwin
Beraksi bersama Pink!
Hai abang Johnny
Lepas habis pusing Madame Tussauds, bergegas pula ke DFO Homebush, lepak dulu minum kopi and makan kebab disini.
Daddy Jack nak melihat-lihat baju kerjanya, ala-ala Wak Doyok la ni
Stock up barang Smiggle untuk anak-anak dan juga maknya
I just tengok-tengok aje, belinya idak ler
Menahan diri sampai kembang hidung dan kempis perut
If Ibu ikut sekali, sure dah membeli beberapa bijik dah ni
Dah settle kat Homebush, baru teringat lupa nak singgah di Hard Rock nak beli Tshirt. So terpaksa berpatah balih ke Darling Harbour.
So dah dapat yang Sydney punya, hopefully nanti dapatlah tshirt from Surfers Paradise pulak.
Dah malam, baru teringat nak makan so menuju la kita ke Taste of Thai, antara makanan halal yang sedap di Sydney ni. Terletak berdekatan dengan Malaysia Hall, cumanya kedudukannya dah berubah la berbanding tahun kami datang dulu tetapi masakannya tetap sedap macam dulu juga.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Assalam gina,
ReplyDeleteseronok bebudaks kan3
Walaikumsalam
DeleteBudak-budak memang seronok, tak ada halangan kan