We all dah biasa dah di Melbourne, berapa kali pun pergi tetap tak jemu. So, seperti biasa parking kereta di Harbourtown, then naik City Circle untuk pusing-pusing sekitar Melbourne. Cuaca pun just nice aje, panas terik lagi tapi angin sejuk and nyaman.
Menyinggah sebentar di kedai hip hop ni mencari barang pesanan
Pelbagai koleksi kasut ada disini, mengikut trend semasa
Dah selesai, membeli, so jalan kaki pulak menuju ke destinasi seterusnya.
Disebabkan menunggu City Circle yang agak lambat, so kita berjalan kaki menuju ke DFO Southwharf. Mujurlah agak sejuk sikit, kalau masa Summer ajak berjalan kaki, ohhh tak mampu la jawabnya.
Sepanjang perjalanan, banyak jumpa art monuments, so adalah photographer yang tidak berbayar ditugaskan untuk mengambil gambar.
Grafitti pun cantik-cantik juga
I suka melihat ruang depan cafe atau restoran disini, nampak exclusive betul dengan pelbagai decor even basikal diletakkan di luar kedai pun nampak menarik.
Cantiknya bandar Melbourne ni, panorama yang sangat mempersonakan.
Sampai DFO Southwharf, semuanya kelaparan serta kehausan after berjalan kaki so menuju ke foodcourt mencari makanan dulu. Sesekali Daddy Jack pusing dulu mana-mana kedai yang ingin dilawatinya and me and the boys melayan mac and cheese serta sushi dululah.
Sesekali me-rewardkan diri dengan koleksi Doc Mart yang harganya jauh lebih murah disini.
Dah beberapa jam di Southwharf, so kembali semula ke Harbourtown sambil melihat-lihat kedai-kedai distu. Then terasa lapar kembali so kali ni kita makan nasi pulak di Chilli Padi.
Tak sempat nak naik The Eye of Melbourne ni, sebab hujan sekejap so tak berani la semuanya.
Then bertolak pula ke DFO Essendon, dalam pukul 545pm sampai. Nampak parking lot macam lengang aje, so terasa kehairanan disitu. Rupanya dah nak tutup so tak dapatlah nak ronda-ronda dalam tu sambil melihat-lihat corelle dan juga corningware. Sempat mencapai selipar Polo ni ajelah sebab kaki pun dah terasa sakit memakai boot sepanjang masa sampaikan susah nak merenggangkan kaki dalam kereta. Bila dapat pakai selipar, terasa nikmat yang tidak dapat dinyatakan.
Petang tu juga we all bertolak balik ke Adelaide, singgah sebentar di tepi highway ni untuk membeli kebab buat bekalan makanan nanti walaupun ada nasi bungkus, manalah tahu perjalanan dahlah lama kang nak mencari makan tengah-tengah malam tak ada pulak.
Entah bila lagilah akan menjejakkan kaki ke Melbourne ni....
Subhanallah, cantiknya
Menikmati keindahan matahari terbenam di sepanjang perjalanan yang sangat mendamaikan.
Dah hampir beberapa km nak sampai Adelaide, Daddy Jack singgah petrol station nak power nap sekejap. Tak larat menahan mengantuk so tidur sebentar.
Perjalanan yang agak lama sebab beberapa kali berhenti untuk melelapkan mata, tambahan pula melalui jalan yang gelap gulita so kena sentiasa berjaga-jaga takut ada kanggaru yang melintas jalan, satu hal pula bila terlanggar. Alhamdulillah, sampai Adelaide dalam pukul 2:30am and then terus masuk rumah, then tidur and barang-barang esoknya baru keluarkan, tak larat nak bukak mata punya pasal.
No comments:
Post a Comment