Nuffnang Ad

Monday, 27 April 2015

Gorge Wildlife park

Lambat betul nak habiskan our Australia Adventure ni, kesibukan yang melanda memang agak tak terurus rasanya, tak apa..kita habiskan sikit demi sikitlah yer.  Okay, so lepas we all kembali ke Adelaide, so kita pun mneruskan acara melawat ke Adelaide Hills pulak. Dulu memang selalu kesini bila ada tetamu yang datang from ke sini. 

Ke Gorge Wildlife dululah cos  nak cuddling the koala at 1130am, kalau terlepas kena tunggu sampai petang pulak.

 After a year, masih takut lagi nak memegang koala ni

Ryan masih tidak dibenarkan koala sendiri, cos masih dianggap kecil lagi so hanya boleh berdiri aje di tepi. Even koala tu pun dah sama berat aje dengannya.

Daddy muka senyum ja, tak tahulah senyum suka atau terpaksa bergambar dengan koala.

 Feeding the wallaby

Camel pun ada juga

Nak menghabiskan palette makanan punya pasal, itik pun diberi makan

Masuk aje tempat kanggaru, berlari-lari kanggaru untuk diberikan makanan. Special sikit kanggaru ni punya makanan, biskut Arnott. Gila tak gilanya kanggaru Adelaide ni.

Tapi ada satu kanggaru putih, we all namakan dia Boxing dulu mcm dah tak kelihatan disini, mungkinkah sudah tiada lagi...sayangnya. We all datang, memang nak jumpa Boxing ni dulu.

Ryan rileks aje memberi makanan kepada kanggaru. I memang tak berani, geli pun ada juga tu.

 Seronok katanya, rasa tak nak balik Malaysia dah

Seronoknya koala tidur, walaupun nampak mcm tak selesa aje kat pokok tu.

After Gorge, kita ke Toys Factory pula. Patung kuda yang terbesar didunia ini.


Datang Toys Factory tu, bukan nak melawat, tak ada benda pun sebenarnya tapi cuma nak makan breakfast aje especially scone tu. Walaweiiii, memang sedap sangat. Sebab tu dulu hanya scone disini aje yang paling sedap sekali we all makan. Ni pun terasa-rasa di tekak kesedapan clotted cream bersama jem strawberry tu. Huhuhuhu, nak makan scone jugaklah, maybe kena pi Harrods cari scone.


6 comments:

  1. Salam Kenalan,

    Seronoknya bercuti ke luar negara. Teringin nak pegi jugakk.. Kena kerja keras lepas nie. Koala tu tersangat la comel!

    LatifahFazri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan
      Insyallah kak, saya doakan agar akan dapat berjalan-jalan ke luar negeri juga ya. Seronok memang seronok kak, dapat melihat negara orang

      Delete
  2. berani jugak ryan dekat dengan kangero tu hihi..best nya dapat jalan2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula datang Adelaide tahun 2010 pun tak berani juga, tapi lama-lama dia okay dah

      Delete
  3. teringin pulak tengok scone tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul Eliss, tersangatlah sedap

      Delete