Nuffnang Ad

Wednesday, 14 December 2016

U11 post party

Last Oktober lepas, habis dah season bola anak-anak, ada satu tournament di JB then lepas tu sambung untuk tahun depan pulak. Last game hari tu melawan Ombak FC, kalah. Untuk kali ni, U11 agak down sikit sebab pemain silih berganti, so tak berapa nak kuat sangat untuk season kali ini.

Game memang sengit, biasalah main dengan budak-budak Melayu, kena maki apa semua satu team, mana yang faham tu faham la tapi anak-anak mat salleh yang tak paham lopog la dengar. Mana yang I dengar cakap benda-benda mengarut tu mmg I sound setepek suruh jaga mulut, jangan nak kurang ajar sangat. Ada pulak mak mereka yang support anak-anak depa cakap bukan-bukan, memang mendapat la dengan I, sampai nak bergaduh tepi padang.

Main la elok-elok, jangan la nak guna bahasa kesat pulak, kita pun tak ajar anak-anak kita nak maki orang sana sini kan so jangan la nak kotorkan otak anak-anak dengan bahasa yang kurang ajar pulak. 

On the way balik, jalan jem teruk somehere dekat area Wangsa Maju so menyinggah dulu kat NZ makan lunch dululah sebab perut dah kelaparan sangat-sangat.

Ni makanan orang yang konon-konon nak diet tapi bila nampak mamak NZ, terus bertukar menu dietnya.

Petang tu ada majlis makan-makan untuk team bola so konsep macam biasa potluck, I sempat buat Baked Macaroni ajelah, sebab dah janji nak buat dari dulu lagi tapi ada sahaja halangannya.

Majlis di buat di Clubhouse Sunway Montana, area Melawati. So kita booked the whole area sekali dengan swimming pool untuk anak-anak bermain.



Ada bermacam-macam makanan yang parents lain bawa, antaranya lepat pisang and kuih koci yang super duper sedap ni. Katanya ada di Pasar Malam Taman Melawati, nampaknya nak kena carik la lepas ni.

Anak-anak pantang nampak pool, belum apa-apa lagi semua dah terjun dalam tu, tak kiralah yang besar atau yang kecik.

Terjerit-jerit keriangan semuanya bila masuk dalam kolam, mana yang main bola, mana yang main belon semuanya nampak seronok sangat.

Kira macam terapi la all the football players ni kan after dah berperang sehabis-habisnya di padang pagi tu, so kasi enjoyed sikit.

All the fathers hanya memerhatikan anak-anak while the mothers busy duduk tepi kolam makan and bersembang, seperti biasalah kan.

Majlis ni bukan sahaja nak bagi anak-anak happy tapi kita nak bg appreciation sikit buat semua U11 and some of the players juga di atas komitmen mereka selama satu season di KLFA ni.

Semua usaha parents yang buat, each parents kumpulkan duit untuk seorang pemain so kita belikan trophy sorang satu pemain tanda penghargaan buat mereka semua.

Daddy Jack menjadi wakil jurucakap untuk all the parents kepada para pemain. Banyak betul amanatnya.

Jane mewakili players pula mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa, teammates yang memberikan sokongan yang tidak terhingga sepanjang tahun 2016 ini. Dengan pelbagai ups and downs dan juga drama sepanjang tahun ni.

We also invited Coach Adam sebagai VIP la kononnya untuk majlis ni. Coach Adam pun baru beberapa bulan jadi Coach for U11 ni so masih nak mengenali karektor anak-anak ni.

Setiap players dinyatakan kelebihan masing-masing, like Nicolas merupakan menyumbang gol terbanyak di dalam team U11 ni, so kita gelarkannya The Goal Machine from Germany.

Danish pun diberikan penghargaan sebagai kapten untuk team ni. Tersipu-sipu Daddy Jack nak berikan kelebihan Danish depan tetamu, maklumlah anak sendiri, kan. Puji lebih-lebih kang orang muntah belahak pulak dengar.

Ryan pun dapat juga award, best supporter katanya

Not only U11 yang dapat award, ada juga anak-anak U12 yang rapat dengan we all yang kita berikan juga penghargaan untuk mereka. Selalu aje bersama semuanya kalau tak after game, duduk lepak rumah sama-sama.


Team U11 KLFA 2016, tahun depan dah jadi U12, nanti beberapa kerat aje yang tinggal sebab masing-masing nak ambik UPSR tahun depan dah. So ramai yang kena stop kejap la jawabnya nak bagi laluan untuk exam.

Semua players U11 and some of U12 yang hadir bersama-sama supporter kecil masing-masing. Semau nampak happy walaupun pagi tu dah kena maki dengan team lawan di padang bola.

Main, makan sambung main and makan lagi sampai malam menjelma. Makanan potluck yang parents bawa tak habis, so kita pakat-pakat bungkus and share sorang sikit bawak balik. Semua yang hadir memang enjoy and berpuas hati dengan event yang pertama kali kita anjurkan antara parents ni. Insyallah, ada rezeki, nanti kita buat lagi.

No comments:

Post a Comment