Awal December penuh aktiviti anak-anak sahaja, maklumlah cuti sekolah dah mula so weekend penuh dengan birthday party dan bermacam-macam lagi.
My SIL pun turut meraikan birthday anak-anaknya yang kebetulan sama bulan birthdaynya in December, so buat serentak di futsal area Sri Gombak. Selalu dah buat sini, so budak-budak pulun main futsal sampai habis 2 jam kat sini.
Daddy Jack handle game futsal ni, so kena bahagikan team masing-masing. Semua dah ready dah ni, tak sabar nak main walaupun ada yang tak reti tapi semangat betul nak main.
Kita tetapkan peraturan untuk permainan dan juga keselamatan, maklumlah masing-masing excited kang takut jadi apa-apa pulak, takut parents salahkan kita pulak.
So, bila dah settle semua, permainan dimulakan dengan penuh semangat semua. Baik yang kecik ataupun yang besar semua enjoyed the game.
Parents lepak tepi court sambil makan and perhatikan anak-anak main bola.
Nak kumpulkan semua pemain untuk acara potong cake amat mencabar sebab masing-masing macam tak nak tinggalkan permainan, nak main sampai puas.
Balik from birthday party, kena hadirkan diri ke majlis makan malam anjuran kelab bola Danish pulak. Balik, solat and mandi siap-siap terus datang. Mujur dekat dengan rumah aje, so tak perlu nak tempuh traffic jam semua.
Danish mendapat anugerah Player of the Year for U11. Satu pencapaian yang membanggakan buat kami sekeluarga. Tahun depan, Insyallah masih akan meneruskan lagi tapi dengan kadar yang minimun untuk fokus pulak pada UPSR.
Sebahagian teammates yang datang pada malam itu, ada yang tak hadir cos dah ada plan untuk aktiviti masing-masing but anyway semua enjoy malam itu dengan berbagai aktiviti yang dilakukan. Lepas ni ada tournament yang menanti, nanti I upload stories. Sekarang busy bercuti la.
No comments:
Post a Comment