Cuti sekolah tak sahlah kalau tak pergi bercuti, kan. Ikut Daddy Jack buat kerja luar KL pun bolehlah dianggap bercuti kan sebab dapat la sesekali tidur di hotel and jalan-jalan walaupun Daddy jack seharian bekerja. Kali ni we all dapat berjalan ke Kuantan...hahahahah walhal memang tetiap bulan balik Kuantan ke rumah Ibu dan Ayah tapi kali ni dapat tidur di hotel la, lain la sikit situasinya.
While Daddy Jack busy dengan meeting, we all anak beranak bergembira di swimming pool, mandi, makan then sambung mandi balik sampai la tengahari bila masing-masing memang dah kelaparan ya amat.
Depan Hotel Zenith ni ada East Coast Mall, so we all bertiga jalan kaki aje ke sana, malas la makan di Coffee House, so kita makan yang simple aje kat mall, Nandos menjadi pilihan.
Makan-makan sambil ingat kat Daddy yang sibuk bermeeting tu kan.
Yeayyyy, Kuantan dah ada Toys R Us dah, bolehlah kita bergembira di sini. Pilihan mainan taklah sebanyak di KL tapi kalau setakat nak beli board game buat lepas bosan duduk Kuantan, banyak juga pilihan.
MAC pun dah ada juga, seronok la Ibu nak beli stok make up dia. Tak perlu angkut bawak balik dari KL dah.
Semalam aje we all tidur hotel, kemudian balik KL semua, sambung la cuti sekolah di rumah pulak and I pun busy la masuk dapur balik menyediakan makanan extra untuk cuti sekolah ni. Kalau datang mood terlebih rajin, jadilah bermacam-macam jenis resepi yang baru kat dapur tu, antaranya Daging Dendeng resepi from my mother in law. Pernah cuba buat di Adelaide dulu, ni baru nak buat sekali lagi.
Kalau bosan makan nasi, makan la roti arab cicah kari kambing masala aje dengan mango lassi. Tengok roti arab tu, teringat duduk Adelaide, beli roti kat kedai Afghan, sekeping besar boleh makan 2 hari.
Bangun pagi bila dah balik bercuti jangan haraplah ada breakfast menanti, semuanya kenalah buat sendiri. Cuti memang seronok, semua benda dah tersedia di coffee house tapi bila habis cuti, kita kembalilah seperti biasa.
Tengahari masak la special sikit musim cuti sekolah ni, nasi ayam, nasi arab semuanya boleh buat sebab banyak masa dihabiskan di dapur. Itupun kena ikut mood jugak sebenarnya, kalau datang menyakit M, masak pun ala kadar sahaja.
Petang sikit, masuk dapur balik kali ni menyediakan minuman petang pulak. Karipap merupakan permintaan ramai dalam rumah ni, so minum petang kita karipap la yer. Mana yang lebih tu, frozenkan, masuk dalam fridge, nanti-nanti bila lapar, kita gorengkan aje.
Hello, would you be interested in doing a paid review or advert on your blog? If yes, what's you contact email? :)
ReplyDeleteHi, you can contact me at gina_manan@yahoo.com
Delete