Sesekali makan lauk lemak putih dengan sambal ikan memang terasa nostalgia macam dulu-dulu masa kecik. Lauk Kak Jah masak lepas balik sekolah, berselera makan seba dah penat seharian di sekolah.
Breakfast pagi di mamak adalah wajib setiap hujung minggu tanpa rasa jemu di tempat selalu.
Kadang-kadang kena juga beraksi di dapur ku yang comel tu, nasi ayam pun okay juga.
Geng pantri beraksi lagi, kali ni dengan ulam-ulaman dan juga lauk pauk kampung, memang terangkat semuanya.
Tengahari kalau free, makan laksa bawah pokok masa orang pergi solat Jumaat. Kita pun sesekali gi la keluar makan.
Kala bosan, ajak Danish melepak di McD, Ryan lebih rela duduk rumah aje dengan Kakak. Dia memang maals sikit nak ikut ke mana-mana, lebih rela duduk rumah tengok TV.
Kadang mengendeng ke rumah Kak Jah untuk minum petang
Kadang-kadang di pantry, ada yang membawa jeruk Pak Ali buat snacks di kala bosan. I tak berapa reti makan jeruk, mmg tak pernah diajar makan.
Kalau ada birthday party kat pantry, memang meriah. Macam-macam juadah ada, roti jala, roti canai, cakes dah bermacam-macam lagi.
No comments:
Post a Comment