Nuffnang Ad

Friday, 30 December 2016

Penang day trip

Kadang-kadang Daddy Jack selalu membuat perancangan yang agak daring juga. Selalunya benda menjadi last minute and tak disangka. Dah banyak kali we all buat kerja giler, dah dah faham sangat dah bila situasi macam ni berlaku.

We all pergi ke Penang untuk menghadiri conference di sana. Last minute decision oleh Daddy Jack, kejap nak pergi kejap tak so udahnya I yang kena temankan cos tak haraplah nak bagi dia pergi sorang-sorang jalan jauh tu. Lepas Subuh we all bertolak menujur ke arah Utara. Singgah sebentar isi minyak di RnR Rawang dengan harapan dapat menyinggah drive thru Starbucks.

Dalam perjalanan, sempat lagi I bacakan journal yang akan dibentangkan dalam conference nanti. Sekadar membaca, tak paham pun isi kandungannya.

Plan asalnya nak menyinggah di RnR Tapah untuk makan mee kicap yang famous tu tap apakan daya, kawasan rehatnya ditutup untuk penambahbaikan so kita terpaksa menyinggah di hentian seterusnya untuk makan breakfast.

Dalam pukul 8 baru sampai Ipoh and perjalanan masih panjang lagi menuju ke Penang.

Cuaca pun Alhamdulillah, elok sepanjang perjalanan, cumanya di kawasan yang berbukit cuaca agak berkabus sikit.

We all masuk Penang gunakan jambatan baru. Nak juga melihat-lihat tempat baru yang katanya ada mcm perkampungan factory outlet.

Baguslah ada jambatan kedua ni, taklah sesak jambatan lama tu dengan kenderaan yang nak masuk ke pulau.

We all sampai dalam pukul 11, so Daddy Jack punya slot dalam pukul 12 tengahri, so I tunggu di coffee house hotel tempat persidangan ajelah, sambil minum kopi.

Dah settle semua conference, mulalah we all melilau cari tempat makan. Dah datang Penang, takkan tak pekena nasi kandar, kan. Mulanya Daddy Jack nak menyinggah Pelita, tapi itu kat KL pun ada kan so kita cuba nasi kandar yang tak ada di KL lah.

One of my officemate yang mencadangkan tempat ni, Nasi Kandar Merlin katanya. Dia memang orang Penang, so katanya nasi kandar ni lain dari yang lain.

Tu diaaaa, dia punya beratur punyalah panjang pastu tempat duduk pun sangat terhad, maklumlah we all pergi dah pukul 1 lebih, memang masa orang keluar lunch.

Pilihan lauk pun banyak yang dah habis so we all makan apa yang ada sahajalah. Memang rasa agak tak sama macam Pelita ataupun Nasi Kandar Kayu, kuah agak pekat sedikita and ayam goreng sangat lembut.


Banyak juga tempat menarik di kawasan berdekatan, tapi we all just lalu ajelah, tak menyinggah pun. Nanti bila berkesempatan, nak datang bercuti ke Penang la, bawa anak-anak sekali.


Dalam pukul 2:30pm, we all bertolak balik ke KL semula. Kali ni we al lalu jambatan lama pula. Kena balik KL sebelum hujan and takut jalan jem pulak nanti.

Sebelum tu, sempat menyinggah RnR Bukit Gantang, membeli buah untuk bawa balik rumah.

Sampai KL lebih kurang pukul 6 so terus alin baju and exercise la sikit, dah makan nasi and kudapan sepanjang jalan so kenalah keluarkan peluh sikit kasi ringan sikit badan tu.

No comments:

Post a Comment