Tahun ni tak berpeluang nak tengok Danish atau Ryan naik pentas seperti 2 tahun lepas, saingan agak kuat memandangkan berada di kelas no1 tapi peningkatan amat memuaskan dari kelas KSSR dan juga PSRA. Kali ini kena juga datang ke majlis anugerah pelajar kerana Ryan masuk acara persembahan untuk Darjah 2.
Tema majlis kali adalah bertemakan Bollywood, so I tak sempat nak membeli baju tema so kita guna ajelah baju apa yang ada dalam almari tu.
Seperti biasa, majlis anugerah sekolah they all ni best, dari segi deco mahupun tempat. Last year buat di hotel tapi kali ni buat di UIA sahaja tapi itupun dah cukup gempak dah. Hopefully, tahun depan buat di hotel balik la.
Persembahan pelajar tahun 6 memang syok habis, sesuai dengan tema majlis, lagu-lagu Hindustan berkumandang dalam dewan, anak-anak tak kira lelaki and perempuan menari dan menyanyi atas pentas dengan senyuman lebar, maklumlah semua dah menamatkan pengajian di sekolah rendah.
Persembahan Ryan antara 2 yang akhir, mata pun dah ngantuk dah semua anak-anak tapi demi persembahan mereka nampak bertenaga semua.
We all menunggu sampai habis majlis, perbarisan graduasi pelajar darjah 6, walaupun mereka agak sedih dengan keputusan UPSR yang agak tidak begitu memberangsangkan tapi nampak mereka tetap ceria. It's okay, masuk sekolah menengah semuanya akan berubah, pelajaran pun makin rumit dan Insyallah semoga dipermudahkan semua urusan mereka sampailah mereka SPM. Tahun depan, turn Danish pula UPSR, so tak tahulah macamana pula gayanya.
No comments:
Post a Comment