Bulan lepas we all dah merancang untuk pergi ke satu tempat, sempena cuti sekolah and then anak-anak kena ambil extra cuti seminggu untuk our vacation ni. Dah berapa kali tangguh, so kali ni tak boleh nak tangguh lagilah jawabnya. Takut nanti kalau tangguh lagi, entah-entah terus tak pergi langsung kan. So, after dah berbincang and survey flight semua, so MAS tetap menjadi pujaan kami sekeluarga.
Beli terus tiket di kaunter, nak beli online asyik ada gangguan aje. Lagi mudah beli tiket di kaunter, teruslah buat visa sekali.
Anak-anak tak tahu ke mana arah tujuan percuatian kami sekeluarga ni, nak bagi mereka surprise. Cumanya mereka tahulah yang mereka akan ponteng sekolah selama seminggu.
Nak sejukkan diri sikitlah kan, kat Malaysia sekarang ni tahap panas berdenting, so kita nak rasa suasana sejuk macam dulu jugaklah.
Petang sebelum we all bertolak tu, sempat lagilah untuk menukar duit sedikit buat belanja di sana. Currency sekarang agak menurun sikit berbanding dulu, so banyak la yang kena berjimat ni.
We all bertolak pada 13 March lepas, lepas budak-budak balik sekolah, siap-siap then terus ke KL Sentral untuk menaiki KLIA Express ke KLIA. Kali ni tak ada yang menghantar ke KLIA cos masing-masing ada urusan so kita pergi naik train ajelah senang.
Sampai KLIA pun agak cepat, pintu pun belum buka lagi so kita check in dulu, then nak terus masuk balai berlepas untuk kita makan sebelum fly. Light traveller kata Daddy, just bawa 2 beg, itupun dalam salah satu beh tu ada beg kecil yang kita isi macam-macam barang.
Makan di satu cafe di dalam tu sementara menunggu gate dibuka. Mee kari menjadi pilihan.
Flight malam ni best, cos nanti the boys akan tidur aje sepanjang malam and dah nak sampai dstinasi tu barulah mereka sedar.
Dekat setahun jugaklah selepas balik Adelaide tu we all jarang travel jauh-jauh ni tapi Ryan dah tahu dah, duduk aje terus nak cari game.
Flight pun tak berapa penuh, ada beberapa kerusi yang kosong. Ke manakah destinasi kami sekeluarga kali ini...tungguuuu !!!!!!
hehehehehehehheeh
jeng3
ReplyDeleteaishhh..tetiba terstop entry. tgh syok baca nak tau reaksi budak2. hihihi.
ReplyDeleteAssalam gina,
ReplyDeletealolooooooo
naek senget2 pala ryan fokus ke game kan3 he3