Nuffnang Ad

Wednesday 20 September 2017

Hujung minggu ku

Hujung minggu sejak dah boleh kembali bermain bola di normally di rumah ajelah, jarang nak keluar sebab ada training and juga game. Kalau tak keluar, mengemaslah ceruk mana rumah yang patut dikemaskan. Macam minggu lepas, habis kita mengemas pantry, mana yang dah expired tu semua kasi buang.

Ryan selalu training pukul 10am, tapi minggu ni Danish kena attend extra class, exam masih belum habis lagi...PSRA pula pada 25-29 September ini, lepas tu boleh la main bola juga disini.

Lepas habis training, mencari breakfast pula. Tak ke mamak kali ini, ke gerai berdekatan rumah sahaja untuk makan roti bakar telur goyang.

Berdekatan gerai tu, ada kedai runcit, saja la menyinggah cuci mata, ternampak pula menjual kerang di pasar basahnya. Lama betul tak makan kerang so beli dalam sepinggan, balik terus buat kerang rebus aje. Cicah dengan sambal kicap, mak aiii sedapnya. Harga kerang pun dah melampau mahalnya sekarang ni, sekilo aje dah hampir RM15.

Dah petang sikit, saja pergi jalan-jalan area Wangsa Walk. Ternampak pulak kedai manipedi, lama juga tak buat so sementara Daddy Jack bawa anak-anak ke tempat lain, I spent my me time kat sini la kejap. Bersihkan mana yang patut, then nampak cantiklah sikit kuku kaki dan tangan ni hah. Selalu comot aje nampaknya.

No comments:

Post a Comment