Nuffnang Ad

Tuesday 19 September 2017

Final bola Mas vs Thailand

La, ingatkan dah habis dah pasal sukan SEA yang lepas rupanya ada satu terrselit entry masih dalam draft. Okay, mengenai perlawanan akhir bolasepak, Ibu Pingat katanya, antara pingat yang dinantikan. macam semi final lepas, beli online tapi entah macamana bila final ni kena beli tiket di kaunter pulak. Tengok kat FB orang dah start beratur seawal jam 12 tengah malam lagi dah.

Daddy Jack pun tak ketinggalan nak pergi beratur, keluar seawal jam 6am, lepas Subuh dah berangkut ke Stadium Shah Alam. Suasana pagi pun dah ramai orang yang turut beratur sama.

Akhirnya after dekat 9 jam berada di Stadium Shah Alam, dapatlah Daddy Jack 4 keping tiket untuk final bola. I tak ikut, tengok keadaan di stadium punyalah ramai orang nak membeli tiket, sampai adanya rusuhan dan juga beberapa perkara yang tidak diingini.

Sampai rumah aje, Daddy Jack kelaparan, sebab beratur sampai tak sempat nak makan so we all ke Foodtruck ajelah simple and mudah aje.


Makanan simple ajelah, kesian Daddy nak makan pun macam tak larat cos penat sangat beratur dan kena tolak dan himpit-himpit.

Pagi masa hari perlawanan, pukul 7am Daddy Jack dah cakap lapar sangat so kena NZ la kita makan roti canai sementara anak-anak masih tidur lagi.

Hadiah harijadi Daddy Jack sampai awal. Selalu sebut nak air purifier dari Coway ni, so kita hadiahkan la juga satu untuknya. Ingatkan kecik aje, sekali sampai besar godang rupanya. Ni macam sedut orang pun boleh agaknya.


Sebelum ke stadium, kenalah makan tengahari dulu, bukannya nak menyinggah mana-mana takut jalan jem nanti, so masak simple lunch ajelah.

We all keluar rumah menuju ke stadium dalam pukul 4 petang, itupun dah jem dah ke arah Stadium Shah Alam, tapi masih boleh bergerak perlahan-lahan.

Suasana tak sama macam we all pergi masa semi final lawan Indonesia tu, suram aje semuanya. Even croed pun tak ramai.

Kali ni suasana as geng Ultras Malaya memboikot perlawanan akhir atas ketidakpuasan hati penjualan tiket kepada orang ramai, memang nampak sangatlah hambarnya persekitaran pada malam itu.


Daddy Jack dengan caranya yang tersendiri, tapi kali ni tak ada geng yang satu kepala yang join so agak terhad sikit lah pergerakannya.

Nak support beria, I suruh turun bawah ajelah, malas nak tengok dia naik hantu. Dia cakap I ni geng kuaci, tak cukup kuat nak menyokong team bola Malaysia.

Bila dah naik hantu, macam ni la gayanya Daddy Jack, sebab tu I malas pergi tengok bola dengan dia ni.

Perlawanan yang ditunggu tapi kita hanya mampu dengan pingat perak sahaja. Ramai di stadium agak frust, sampai ada yang sanggup beli tiket mahal-mahal untuk menyaksikan perlawanan ini.

Apapun, Tahniah buat team Malaysia kerana memenangi pingat Perak acara Sukan SEA kali ini.

Esoknya, sambung pula dengan soccer training the boys, memikirkan dalam cuti sekolah so semua dapat berkumpul macam ni. Dah lama juga tak melepak kat tempat biasa kita lepak macam dulu. Bila dah berkumpul macam ni, memang riuhlah dibuatnya.

Tengah-tengah melepak tu, tetiba datang pulak crew TV3 nak buat temubual dengan beberapa orang awam, sekali datang pulak crew nak interview Daddy Jack.

Tak sempat nak tunggu malam tu, keluar masa Nightline. Mujur ada kawan yang tolong record kan. Ni kali kedua keluar TV kena interview, dulu masa balik Raya from Adelaide kena interview juga, stesen TV yang sama juga. 

No comments:

Post a Comment