Nuffnang Ad

Friday, 23 March 2012

Kalau datanglah rajinnya tu

Hahaha, sesekali try menu baru kan...Ayam Rebus , resepi dari Ibu. Bosan juga kalau ayam asyik masak kari, kurma atau lemak cili api...sesekali nak try juga masak yang simple macam nie kan.

Bila mood terlebih rajin, nasi karot dan juga Ayam Panggang Rosemary ikut resepi Kak Nor haruslah dicuba. Tambah sedap tak guna rosemary kering, tapi rosemary fresh yang ditanam di belakang rumah nie, ohh, lagilah bertambah sedap, kan.

Sini susah nak cari ikan kembung nak buat kuah laksa, kalau teringin tu kenalah cari ikan mackerel @ tenggiri untuk dibuat kuahnya, jadilah asalkan ada rasa. Nak memaskan tekak aje, nak sedap, balik Malaysia la jawabnya. Now, ada My Adelaide's gang yang ajar guna ikan tuna chunks dalam tin untuk buat kuah laksa ie, hmm bolehlah cuba nak masak laksa Pahang pulak la.


2 comments:

  1. Sedap-sedapnya menu...tumpang renung & jamu mata ye....salam kenal...:)

    ReplyDelete