Balik dari Adelaide Crows Meet the Fans session, perut pun terasa lapar. Daddy Jack nak ajak singgah kat Westlakes Plaza tapi rasanya setakat makan kebab/yiros pun tak syok juga, nak cuba makan di tempat lain pulak lah. Ada my Adelaide's gang suggest satu tempat baru nie, rasanya dah dekat dah dengan West Lakes ni.
Kebetulan orang pun tak ramai, just us sahaja, rupanya dah pukul 3 so semua orang dah lunch la, kami aje yang baru nak lunch. As always, Middle East food nie tak lain hanya kebab and nasi aje. Di Adelaide mmg tak banyak pilihan makanan, balik-balik yiros, Middle East food, and baru-baru nie baru tahu OPORTO tu fully Halal. Itu ajelah.
The boys love the nasi, not dry, mmg moist sangat nasi die. I memang suka makan nasi Arab-Arab nie, ada kelainan pada nasi dan juga the meat. Dah a fews tempat makan Arab di Adelaide ni yang we all dah cuba makan, semua berbeza rasanya, tiada satu pun yang sama.
Semua pakat order nasi, instead of kebab sebabnya dah kelaparan sangat. I just share aje dengan the boys cos ada undangan lagi lepas nie. Tak mahu makan banyak-banyak nanti kat rumah kawan tu tak makan pulak, kecik la hati dia kan. Penat-penat masak untuk menjamu tetamu tapi tetamu tak nak makan pulak.
No comments:
Post a Comment