Nuffnang Ad

Thursday, 15 March 2012

Habislah lepas nie

Ada member cakap OPORTO nie halal, tapi tak pernah mencubanya. Kebetulan ada buka new outlet kat belakang rumah nie. So, hari tu lepas aje we all balik borong blu ray, kononnya nak balik rumah, tapi Ryan asyik la menangis tak mahu balik, nak jalan-jalan so tersinggah la disini. Cuak juga takut tak Halal, so I asked Daddy Jack tanyakan dulu, manalah tahu bila dah turun semua, sekali tak Halal, nanti takut pulak the boys mengamuk nak makan juga.

Bila Daddy Jack masuk balik dalam kereta..dengan senyum lebarnya..ALL ARE HALAL...Yuhuuu, senanglah I nanti, malas nak masak, jom kita ke OPORTO. Ada juga bacon here tapi dimasak secara berasingan dan ini disahkan oleh pengurusnya sendiri.

Bersih aje restorannya, tapi satu aje yang tak best disini, tak ada indoor playland mcm McD, kalau tak bolehlah the boys makan sambil main dalam nie.

OPORTO menu nie basically mcm McD aje just all the burgers menggunakan chicken patties and ada juga roasted chicken.

Muka Ryan yang sembab sebab menangis tak mahu balik rumah, nak jalan-jalan lagi. Sampai OPORTO terus senyap terus.

Sehari selepas cabut gigi, masih on MC so bawa Danish jalan-jalan juga. So, far Danish dah okay but kena ada follow up on 26th Mac nie untuk doctor check giginya.

Hmm, budak nie memang chicky. Lepas nie habis la we all, sure akan diajak makan di OPORTO ajelah. Tambah pulak OPORTO nie belakang rumah aje, jalan kaki pun boleh. Kalau datang moody die, mulalah nak macam-macam. Layankan ajelah.

Sebagai bukti, ni la sijil HALAL dari OPORTO. Tersenyum aje managernya bila I cakap nak ambil gambar as a proof. She's nice and said " No Worries, just take as many as you like. You can even check our kitchen"..iskhhhh taklah sampai macam tu sekali kan. dah ada bukti nie pun dah cukup bagus dah. See you, next time OPORTO !

1 comment:

  1. Alhamdulillah. seronok dengar dah banyak premis halal kat luar negara kan. dlm negara ni makin byk pulak isunya.

    ReplyDelete