Nuffnang Ad

Tuesday 20 March 2012

Cricket pulak

Bila summer, Cricket adalah game yang paling popular. Sekolah ada cricket team, and Danish nak join juga walaupun Daddy Jack tak berapa nak bagi sangat tapi disebabkan team nie under sekolah, so layankan ajelah kehendak Danish nie.

Setiap Sabtu, pukul 830 pagi latihan akan diadakan di Campbelltown Cricket Oval. Memang penuhlah aktiviti Danish srtiap Sabtu bermula pukul 830 pagi. Latihan cricket nie satu jam sahaja, so in between nak ke soccer clinic tu, sempatlah I pergi garage sales kejap, tapi tak bolehlah pergi jauh-jauh sebab soccer clinic start at 1030 am.

Team sekolah Danish nie lebih ramai bangsa asing berbanding dengan orang OZ. Terdiri dari warga India dan Pakistan yang memang suka betul dengan permainan cricket nie.

Pihak sekolah ada membuat beberapa friendly match dengan beberapa buah sekolah sekitar Campbelltown, so far okay aje pencapaian sekolah Danish nie, taklah terror mana pun. Just for fun ajelah kut. Next game will be on next summer la pulak. Nanti bila spring dah mula training balik.

No comments:

Post a Comment