Nuffnang Ad

Wednesday, 21 March 2012

Farmers Union-Adelaide Crows Fans Day

Musim footy dah bermula bila nak masuk winter nie. So, untuk memulakan sesi perlawanan, they having their meet their fans day session. Daddy Jack bukannya boleh kalau ada benda-benda yang melibatkan sukan nie, kena pergi itupun kalau tiada yang menghalang.

Cuaca yang mulanya nampak mendung aje tiba-tiba menjadi mendung menjadi cantik dan panas sedikit. Sedap juga berjemur dibawah matahari dengan angin pun agak sejuk sikit but still boleh memakai baju nipis sahaja.

Macam-macam permainan ada disediakan untuk kanak-kanak tapi bila tengok likaran line orang beratur yang agak panjang, so we all decided tak payah la nak main all the slides semua, just lepak kat padang tu main footy ajelah.

Sesi yang informal dengan para pemain footy sampaikan tak tahu mana satu pemain dengan orang yang ramai tu sebab macam lebih kurang sama aje tambah pula bila masing-masing memakai baju yang seakan-akan sama aje. Tapi mmg nampaklah perbezaannya bila pemain footy nie badannya gagah semacam aje, kan so we guessed itulah pemainnya.

Jangan tanya I siapa nama the player, seorang haram pun I tak tahu. I just ikut Danish pergi ambik signature and ambilkan gambarnya sahaja.

The players pun supporting juga melayan all the fans, bukannya sorang dua yang datang nak bergambar dan juga nak dapatkan signature, tapi masih boleh tersenyum dan juga melayan karenah peminat mereka.

There's a lots of entertainment, like free face painting. Ryan biasalah taknak mencuba, but Danish tetap cool mencuba his monster face painting sampaikan Ryan pun takut tengok muka Danish.

After nearly 2 hours we spend out day here, so masa untuk pulang. Tapi tak terus balik rumah, singgah makan dululah sebab memang kalau I balik nak masak memang tak larat dah, letih sangat. Lagipun petang ada undangan pula dari our new Adelaide's gang so mmg tak balik sebab malas nak keluar balik.

No comments:

Post a Comment