Dua minggu lepas, Danish ada mengadu die sakit gigi, at first ingatkan taklah serius mana sekali tu bila tengok die kerap bangun malam and mengadu sakit gigi, hmm nampak gayanya serius tu. Mujurlah ada doctor gigi, org Malaysia yang we all kenal disini, Dr Alin so die yang handle Danish punya gigi. Kebetulan pua, hari tu Danish memang tak ke sekolah, so tak payahlah cuti apa semua.
Masa mula-mula sampai, okaylah, boleh senyum semua. Muka pun ada ceria aje. I temankan Danish while Daddy Jack tolong tengokkan Ryan di luar. Seram juga jumpa doktor gigi nie yer. Patutlah ramai orang tak suka jumpa doktor gigi nie.
Masa I masuk dengan Danish, Dr Alin menerangkan dulu pada I prosedur yang perlu dilakukan. After buat X-Ray, nampak gayanya 3 btg gigi Danish perlu dicabut sebab dah kena infection. I okay aje, soal bayaran tak menjadi masalah asalkan Danish okay aje. I sempat temankan Danish masa gigi pertamanya dicabut, after that terus nak Daddynya pulak. So, service bertukar tangan.
Mujurlah Ryan diam and tak buat perangai sangat dalam klinik nie. Mungkin die pun takut dengar suara Danish yang menjerit kesakitan di dalam bilik rawatan.
Actually, masa dah cabut gigi kedua, Danish dah keluar sebab tak tahan, lagipun Dr Alin kesian kut tengok Danish menjerit-jerit sakit semua. Habis satu klinik dengar jeritannya. Mujurlah tak ada patients lain, kalau tak, mahu semuanya takut nak cabut gigi. Tapi, bila we all pujuk untuk die mencabut giginya yang lagi satu, dengan menjanjikan hadiah semua, barulah die berani sikit untuk mencabut giginya yang ketiga.
Hmm, gigi sakit, mata pun bengkak sebab menangis yer. Tak apalah, bukan Mummy taknak balik masa gigi Danish dicabut kali kedua tu, kalau boleh biar sakit sekali aje. Then nanti bila nak cabut yang satu lagi tu, Danish fobia pulak, kan.
Okay, seperti yang dijanjikan, after klinik, Danish nak tuntut hadiah. Mujurlah tak memilih lama-lama sangat dalam tu, ambil mana yang rasa berkenan aje.
Tiga batang gigi Danish yang dicabut. Hmm, harganya, biarlah rahsia. Memang mahal kalau bab-bab gigi nie sebab tu ada my Adelaide's gang yang sanggup tunggu sampai balik Malaysia untuk membuat rawatan gigi. Hmm, ada tu, dah tak tahan sangat nak buat macamana, kan. Nak taknak kenalah cabut disini.
Dr Alin bagi MC supaya Danish berehat dirumah, so tak payah pergi sekolah for one day only. Tapi after balik rumah aje, tgk TV kejap pastu mulalah bosan aje duduk rumah. Iskhhh, tak rasa sakit gamaknya.
seriau tengok kena cabut gigi. nak gi tampal gigi ni tak pergi2 :p
ReplyDelete