Nuffnang Ad

Monday, 12 March 2012

Birthday Party

Sabtu lepas, kami dijemput ke rumah Kak Azie untuk meraikan birthday Yaya. Actually, birthday Yaya on 28th Feb, tapi that day hari biasa so Kak Azie plan nak buat majlis kecil-kecilan untuk Yaya dan juga kawan-kawannya.

Masak kami sampai, makanan aje dah penuh meja macam nie. Ni baru Me and Surah yang datang, belum lagi tetamu jemputan yang lain, sure datang dengan bermacam-macam makanan lagi. Sebab tu I suka kalau ada jemputan makan-makan nie sebab banyak makanan yang boleh dirasa.

Kek nie bukannya birthday cake, Kak Azie kata kek suka-suka aje, kek conteng antara Yaya dan Aqil.

Di Adelaide ni, Kak Azie memang terkenal dengan Kek Karamelnya dan juga Cheese Cake. Sampaikan dah buat beberapa kelas pun untuk beberapa kenalan cuma I aje yang belum sempat attend class Kak Azie nie. Just because, I dont like cheese cake, yang sukapun cuma Daddy Jack seorang sahaja. Hmm, nak buat sebiji, jenuhlah nak menghabiskannya.

Mood terlebih rajin, I buatlah kuih kacang@kuih kasturi nie untuk dibawa ke rumah Kak Azie. Actually dah lama juga teringin nak makan kuih nie. Tapi tak sempat-sempat lah nak makannya.

Aneka jenis puding pun ada juga

Since pisang dah murah, boleh ler Kak Azie membuatkan Banana Muffin untuk hidangan tetamu

Kasih seorang Ibu yang sanggup membuat apa sahaja untuk anaknya gembira. Kak Azie begitu bersungguh-sungguh membuatkan kek Barbie untuk Yaya, walaupun Kak Azie kata die tak ada kemahiran nak membuat buttercrea, Hasilnya mendapat pujian dari semua tetamu yang datang.

Tetamu lelaki menjamu selera dulu, sementara tetamu wanita dok sibuk bersembang di dapur, sampaikan dah tak ingat makan dah. After dah settle tetamu lelaki, so mereka pun duduk lepak diluar rumah sambil bersembang.

Suka Yaya dengan kek Barbienya, tambah seronok bila ramai kawan-kawan yang datang.

Masing-masing tak sabar nak makan kek Barbie, hasil tangan Kak Azie

Sedap kek dan juga buttercream Kak Azie walaupun katanya macam tak puas hati aje. Okay dah tu kak, nanti balik Malaysia masuk kelas buat kek ajelah yer. Tambahkan ilmu, lepas tu nanti Gina dtg tempah kek kat akak ajelah.

Ibu-ibu mengandung paling seronok sebab makan sampai perut sengkak dibuatnya. Makan selagi terdaya la yer, Effa. Lepas bersalin nak kena berpantang pulak. Tak boleh nak makan macam-macam dah.

Otai-otai Adelaide. Ohh, Kak Has dan Kak Nana pun dah nak balik dah, cuma lambat sikit lagilah. Depa berdua nie terroe masak tau. Kak Nana nie I suka kuih bakarnya yang super duper sedap dan berlemak, Kak Has pulak dengan Kari die, maklumlah orang utara si Kari mmg power.

Dah lewat petang sikit, sementara masih ada kawan-kawan Yaya lagi, sessi yang dinantikan, majlis membuka hadiah yang diberikan untuk birthday girl.

Masing-masing tak sabar nak tunggu Princess buka hadiah

Kalau hadiah untuk anak perempaun, macam-macam jenis la, tapi yang paling famous sekali is Barbie doll. Lagipun senang nak cari hadiah untuk girls berbanding dengan boys. Hmm, I dah laluinya so dah rasa susahnya nak cari hadiah untuk boys nie. Hmm, bab baju jgn cakaplah, balik-balik yang sama aje.


3 comments:

  1. nampak sedap kuih kacang yg gina buat.

    ReplyDelete
  2. wahhh..kek itu nampak marvelous dan sedappppp...

    ReplyDelete
  3. aduhai terliur nengok kek barbie tu.sayang nak dimakannya :)

    ReplyDelete