Nuffnang Ad

Sunday, 31 August 2008

Carre4

Pepagi lagi we all dah kuar ke Carrefour. Org gaji ku bising ckp ayam ngan telur dah habis...takut sahur nnt tak ader lauk. So, sambil2 tu, nak carik a few things la jugak.

Si Danish nie tak sudah2 nak membeli..kali nie sibuk nak beli tiang gol plak, padahal dah berlambak dah tiang gol tu kat umah.

Antara barang-barang yang we all beli...susu Danish dah habis stok, so kena carik plak kat Giant. Malehnya la. Aku mcm terliur tgk aiskrim, so beli sampai 3 jenis.

Daddy Jack ajak singgah kat kedai buku-buku agama nie...wah ! mcm pelik la jugak kan..agaknya dah mendapat sinar Ramadhan...tapi rupa2nya nak singgah psl nak belikan hadiah tuk mak die@mak mentua ku psl esok hari jadi die. La...ku pikirkan lain.

We all bought jer Quran yang ader tajwid tu. Senang nak baca... kat sini pun Danish boleh membeli lagi....kali nie beli buku cerita plak.

Lepas aje we all kuar dari Carrfour tu, perut pun terasa lapar so NZ la tempat tujuan. Dah lama gak tak gi NZ nie tuk breakfast. Danish, seperti biasa ngan roti kosong. Sambil makan pun boleh posing lagi.


Birthday boy kiter makan puree aje.


Me, as usual la kalau ke NZ nie tak sah kalau tak makan tosai die...mmg yummy...tapi apsal dah makin kecik nie ?

Birthday Celebration

Adik ipar ku..Alan planned nak buat makan2 kat umah mentuaku..kononnya nak celebrate birthday abg dan jugak mak mentuaku la. Tapi pak mentua ku ckp, die nak belanja psl dapat gaji pertama. So, we all makan KFC and a cake la.

Danish seperti biasa turut sibuk bila org nak potong cake. Dia pun nak join skali la, tapi malu

Yang baju kuning tu is Alan, my bro in laws...dapat keje kat Cheras...printing company. And my mother in law. yang baju merah tu is my pak mentua.

Happy Birthday, Daddy Jack

Happy Birthday Husband

What a wonderful husband you are!
I love you in every way.

Just look how we've gotten this far,
and getting better every day.

You mean the world to me
and yet so much more.

Here's hoping your birthday
will be one you'll adore.





Love always,
Gina & Danish

Saturday, 30 August 2008

Selamat Hari Merdeka ke 51

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Moga negara kiter akan sentiasa aman dan sejahtera dan dijauhkan dari mala petaka.




Bersama-sama lah kiter menghayati sajak ciptaan Negarawan terulung yang tiada penggantinya...

Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Jaya Jusco

After keluar dari Pavilion tu, we all decided nak singgah JJ pulak...tak ader la aper nak cariknya..just nak membuang masa (ke membuang duit ?). Sesampai aje kat JJ tetiba teringat nak withdraw duit...sekali tgk org ..masyallah. Yela, org sibuk nak membeli baju raya tuk anak-anak tambah plak gajhi baru masuk..in the mean time plak, sales semuanya end on 1st September.


Dah alang-alang sampai JJ nie, nak renew membership la...buat trus untuk 2 tahun..sampai 2010. Tak payah nak pikir-pikir lagi.

Tgk la manusia punyalah ramai kat sini...setiap kaunter mmg penuh la ngan org. Semuanya membeli baju untuk anak-anak. Bukannya Melayu aje, Cina ngan India opun sibuk gak nak membeli.


Masa kat sini, Danish tlh menyambar satu lego set Bob The Builder. So dah cukuplah koleksi lego Bob die. Mujur die tak mcm2 kat sini.

Daddy Jack nak makan Nando's. Aku ikutkan aje..tak kisah bab2 makan nie.


Our drinks..Daddy Jack ngan Cokenya, me cukuplah ngan Iced Lemon Tea aje and for Danish we all choose Iced Chocolate aje.


Our side order...sausages..Nice ones


The kids Meal untuk Danish..tapi die mcm tak brapa suka sgt...lebih prefer makan sausages aje.

And this mild flavor is for Daddy Jack...kalau tak die nak sideorder die coleslaw, tapi dah habis so, nak tak nak kenalah ambik potato salad aje.

Me as usual, corn and peri chips aje. Tak mahu cuba yang lain.

Jco Donuts

Dah lama rasanya tak makan Jco nie. Asyik makan Big Apple aje. So, today ajak Daddy Jack gi Pavilion. Memula tu ingatkan nak beli baju Danish kat sini, tapi mood nak membeli tu mcm tak datang lagi. So, we all cuma beli donut ajelah.


Pilihan aku....semuanya chocolate based aje..tak nak yang lain.

Shopping at The Curve

Seperti yang dijanjikan, aku mengupload apa yang we all beli masa gi The Curve 2 hari yang lepas...so, we all belikan banyak untuk newcomer aje. Baju untuk Danish belum lagi. Maybe dlm bulan puasa nnt baru nak membeli.

This romper we bought at Osh Kosh...memula tu mcm nak beli romper aje tapi dek sebabkan salesgirl tu memujuk kami untuk membeli blanket skali, so terbelilah skali. The blanket is good. Quality kain die mmg baguslah.

This blanket if from Osh Kosh. Boleh pakai both sides.


This pyjamas we all bought at Mothercare. Since Daddy Jack punya baju yang die berkenan sgt tu tak ader, so die ambik yang nie ajelah.


This is a towel actually. Ambik skali 3 set...so nnt tak payah nak beli asing2. And yes, it's from Mothercare..again.


This suit is from Anakku. Masa tgh jalan2 kat The Curve nie, tgk outlet Anakku nie tgh sale, so sambarlah a fews jugak.

This one also from Anakku


Thanks to Daddy Jack for membayar segalanya...tunggu I dapat claim tgh bulan September nnt, I tambah aper yang patut yer...

Friday, 29 August 2008

Tahniah Siti

Siti, my ex-staff masa kat Strategy College telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 23 Ogos 2008. Dia ader hantar kad jemputan tapi aku tak dapat pegilah. So, ada member yang sempat kirimkan gambar masa weding die.

Yang baju kuning tu is Husni, ex-Strategy jugak so dielah yang begitu baik hati sgt menghantar gambar kahwin Siti nie. Thanks yer Husni.


Siti nie dah jadi cikgu dah kat Sekolah Assunta, PJ. Die berhenti dari Strategy dulu pun psl dapat tawaran KPLI kat maktab jauh nun di Kedah sana. Die mmg seorang staf yang baik sekali. Mmg senang nak berbincang ngan die dulu.

Nie Siti ngan hubbynya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat yer Ti...nnt ader kesempatan, kiter jumpa di KL aje.

Craving for Ice blended


Sejak pregnant nie, aku gemar sgt minum Ice blended..tak kisahlah whether is from Starbucks or Coffee Bean..mmg suka sgt...ada org kata, jgn minum banyak ice psl nnt baby besar..well, mmg dah besar pun.



The Curve

Yesterday, we all went to The Curve cos Daddy Jack nak shopping for the newcomer. Aku ngikut aje psl die nak bayarkan. Actually, last time, Daddy Jack ader nampak satu baby suit yang die berkenan kat Mothercare..so we all tak ingat which Mothercare so...now we have to suvey all Mothercare yang ader kat KL nie....



So, we stop jap at MPH psl nak belikan Danish buku. We all pun nak jadi mcm Kak Red..every months spends duit untuk beli buku.


Si kenit nie tgh sibuk nak membeli buku...apalagi kalau tak buku Thomas or Bob the Builder


Sebelum ke MPH, we all dah singgah ke Mothercare di the Curve nie tapi baju yang Daddy Jack nakkan tu tak ader so, we all beli la baju lain.


Pastu, since kat The Curve nie ader Anakku, singgah la jugak. Singgah sambil membeli la yer.


Pastu nampak plak kedai nie..singgah dan juga membeli..bukan untuk Danish tapi untuk si adik. Bengang aje Danish.


Apa yang we all beli, nnt I'll post it later. Tak sempat nak mgambik gambar psl terlalu letih bila sampai rumah.