Nuffnang Ad

Friday, 4 February 2011

Selamat bertunang, Zarith

Ohhhh, lamanya tak merasa nasi beriayani especally bila time orang kahwin...akhirnya hasrat itu tercapai juga bila Daddy Jack's cousin melangsungkan majlis pertunangannya dengan hidangan nasi beriyani. Tak toleh la makan, and makan dengan satu perasaan yang sungguh tak terkata.

Majlis diadakan di Putrajaya dan dihadiri saudara mara terdekat aje. Dapatlah berjumpa dengan family on Daddy Jack's side, kalau tak kena jauh pi JB sana. We all sampai majlis pun dah habis..so tak dapatlah tengok sessi menyarungkan cincin. Kira macam we all datang makan ajelah. Datang lambat sebab kes potong rambut lah.

Cantiklah cupcakes as a hantaran nie, nampak comel sangat..especially the lilac colour. Rasa macam nak rasa satu aje.

Ni paling membuatkan I tak tentu arah..handbag COACH masuk as a hantaran jugak..iskh, sikh...bilalah Daddy Jack nak bawak I pi melawat kedai favourite I nie ? Tangan, kaki dan mata dah gatal sangat dah nie.

Bila dah berjumpa sesama saudara, aktiviti bersembang-sembang adalah perkara yang wajib. Masing-masing dok tanya perkembangan kami sekeluarga, mcmana kehidupan dan sebagainya. They all excited nak tahu, so we all layankan ajelah.

Inilah pasangan yang melangsungkan majlis pertunangannya, Congratulations to Zarith and pasangannya...dengar cerita majlis nak dilangsungkan in October...hope that everything will be fine.

4 comments:

  1. best kan, org skrg betunang mcm majlis kawin dah...the nasi look so tempting....

    ReplyDelete
  2. Suka tgk cuppies tu.. Nampak gaya terubat lah tekak Gina ye..

    ReplyDelete
  3. Manisnya pasangan tu..hantaran pun cantik2 semuanya.

    ReplyDelete
  4. hantaran cantik sgt..dpt lak beg coach..beshnya

    ReplyDelete