Masa kami nak tukar kereta sempena inlaws sampai, kami dengan tak sengaja diundang untuk jemputan makan-makan di rumah Liza Nizam untuk meraikan kedatangan Kak Ros di Adelaide. Kak Ros datang untuk majlis konvonya bersama suami dan juga her parents. Hidangan utamanya, masak lemak cli api ikan salai yang sungguh meruntun kalbu. Sedap sangat-sangat, pedas, maklumlah Liza orang Negeri Sembilan so mmg terangkatlah kuah lemak cili apinya.
Hahahah, giler la I gigih membuat kuih koci untuk dibawa ke rumah Liza. Adoiii hai..my first attempt, Alhamdulillah menjadi hasil resepi Ibu. Banyak komen-komen membina yang diterima dari tetamu, and semua itu akan diambil secara positif. Hmm, nampak gayanya nak kena buat lagilah nie. Tak sabar nak buat kuih koci semula.
Me with mak and ayah Kak Ros. Anak-anak Kak Ros tak ikut untuk meraikan kejayaan ibunya kerana masih di kolej. Tak apalah, bawa parents pun dah cukup bangga, anak-anak tumpang gembira walaupun tak bersama. Kak Ros memang hebat, anak-anak semua ditinggalkan di Malaysia kerana masih belajar, dengan 3 1/2 tahun bergelumang dengan study and in a meantime menjadi seorang pelajar, isteri, surirumahtangga dan juga Ibu dengan jarak yang jauh dengan anak-anak mmg la seorang SUPERWOMAN. I pun belum boleh pegang title tu lagi, belum mampu rasanya.
Liza pun hebat koleksi Corningnya. Terliur tengok tekonya yang besar ini. I pun dah ada satu juga.
Buah tangan Kak Ros dari Malaysia, muruku buatan sendiri oleh Abang Zul, suaminya. Sedap sangat. Nak minta Kak Ros tolong poskan ke Adelaide masa raya nantilah.
seronok nyaa.. makan terus ye.
ReplyDeleteKak Yan
ReplyDeleteIngatkan duduk oversea susahnya nak cari makan, rupanya tidak..mewah lagi