Nuffnang Ad

Friday 27 April 2012

Kau pergi tak disangka


Seminggu dah I tak menulis apa-apa disini, seminggu yang cukup menyedihkan. Jumaat lepas, dapat berita yang paling mengejutkan bila adik sepupu I telah pulang ke rahmatullah secara tidak dijangka. Jumaat pagi kira-kira pukul 6pg (waktu Adelaide) I bangun untuk Subuh, sebelum tu sempat tengok handphone dulu. Tengok ada sms dari Ayah yang beritahu sidang Parlimen tamat pukul 3.21 pg (waktu Malaysia), satu rekod dalam sejarah Malaysia. Then tengok Kak Nyah and Abby ada hantar Whatsapp..masing-masing tanya samada I dah tido atau dah bangun. I pun tak pikir apalah, maybe mereka ada benda nak cerita. Then I buka FB, tengok my adik-adik, and my cousin dok post psl my late sepupu nie. I mulanya rasa macam bermimpi so call rumah Malaysia, Ayah yang angkat so I tanya Ayah, Ayah cakap, mmg betul but Ayah tak tahu details sangat sebab Ayah baru balik, so kena tanya Ibu but Ibu still tido lagi. After letak phone tu, still rasa tak puashati, so I pun called my Ucik tanyakan berita itu. Belum cakap apa-apa lagi, masing-masing dah menangis sebab terlalu sedih mendengar berita itu.

Arwah meninggal akibat kemalangan jalanraya di Sungai Buluh. I pun tak tahu details macama kejadiannya tapi lebih kurang like kereta langgar belakang motornya then kereta dari depan seret Arwah sehingga 100m. Arwah nak balik ke Nilai waktu tu. Ya Allah, rasa sebak sangat bila kakaknya bercerita pada I semuanya. Masa jenazah samapi ke rumah, I nak sangat tengok wajah jenazah, nak suruh adik I ambik gambar, then MMS ataupun buat video call aje tapi separuh hati I tak sanggup nak lakukan. I bertanyakan Ibu samada Ucik and Cik Din okay cos Ayah Arwah ada sakit jantung but Ibu kata so far okay aje, cos masa jenazah sampai orang ramai lagi. But, I tahu, Ucik macamana...sure sedih yang teramat sangat. Anak bongsunya, tambah pulak dulu pernah kehilangan adik bongsu yang juga meninggal didalam kemalangan motor juga.



Oktober tahun lepas, Arwah sempat datang ke Adelaide bersama Ibu dan Hannan. I jaga makan dan minumnya selama 2 minggu, bawa pergi jalan-jalan sekitar Adelaide. So, masa I dapat berita on Friday tu, air mata memang tak berhenti menangis. Buka FB tengok gambar dan ucapan takziah dari kawan-kawan rasa pilu sangat-sangat. Maybe orang akan cakap ala, cousin yang meninggal so tak payahlah emosi sangat..ni bukan sebarang cousin, cousin yang paling rapat diantara kami.



Al-Fatihah buat Ahmad Azlan bin Jamaluddin (6 Jun 1992 - 19 April 2012). Semoga Adik tenang disana. Yong akan sentiasa mendoakan agar Adik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

10 comments:

  1. al-fatihah buat yg pergi. moga dia tenang berehat di sana.

    ReplyDelete
  2. Takziah gina..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..al fatihah.amin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Gina,
    Takziah.Kak Amie turut simpati, rasa sebak dan sedih.
    Apa pun dia telah kembali kepada pencipta-Nya...al-Fatihah, mudah-mudahan rohnya aman bertemu dengan-Nya.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, muda lagi. Al-fatihah buat arwah. kalau eliss sepupu ni kira mcm adik beradik lagi.

    ReplyDelete
  5. salam takziah. sedih sangat baca kisah kenangan gina dgn arwah...

    ReplyDelete
  6. Salam Takziah Gina.Moga roh arwah dicucuri rahmat..Alfatihah.

    ReplyDelete
  7. dear Gina
    alfatihah utk adik sepupu itu

    jika org terdekat kita yg pergi.kita akan sangat terasa

    ReplyDelete
  8. Salam Takziah dari kak umi.. sabarlah menghadapi dugaan ini.. mungkin Allah lebih menyanyanginya.. Alfatihah untuk arwah.
    K umi pun pernah kehilangan arwah adik sbb kemalangan 3 thn lepas.

    ReplyDelete
  9. alfatihah.... salam takziah ye gina.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih dia atas doa-doa kalian..semoga Arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman

    ReplyDelete