Diam tak diam my Keringting akan ke Year One tahun ini, cepat sungguh masa berlalukan, sedar-tak sedar dah 2 dah anak masuk sekolah rendah. Preparation dibuat 2 bulan sebelum cuti sekolah tahun lepas untuk dapatkan tempat cos sekolah tu mmg payah sikit nak dapatkan tempat. Mujurlah Ryan berkindy di sini so dapatlah privillage untuk ke Darjah satu tanpa perlu menunggu.
Persiapan membeli barang-barang sekolah dilakukan awal cos takut lambat-lambat habis saiz, maklumlah saiz badan Ryan agak kecil sikit berbanding Danish. Terjumpa pulak la kasut sekolah yang menjadi kegilaan zaman sekolah I dulu. Kalau dulu dapat pakai kasut Pallas Jazz ni, rasa hebat sangat dah ni.
Mujurlah ada saiz kasut dan juga seluarnya cuma baju sekolah aje kena beli di sekolah, sebab tak dijual di mana-mana pun. Danish tahun ni dapat jadi pengawas so baju biru ajelah tahun ni beli.
Ramai juga yang sama macam we all, membuat persiapan awal untuk anak-anak yang bersekolah untuk mengelakkan kehabisan stok saiz. Dengar cerita daripada ibubapa yang sempat we all borak masa membeli, hujung tahun memang banyak nak guna duit untuk membeli keperluan anak-anak sekolah, kalau ada 4-5 orang anak, macamana la gamaknya ya.
Dah lepas habis membeli, kita singgah la minum petang dulu. Melepaskan penat memilih pakaian dan kasut sekolah tadi.
Yang sorang ni, dapat nasi, kari dengan ayam goreng sengih sampai ke telinga aje.
Sabtu, 20 December 2014 adalah hari orientasi pelajat tahun 1, so Ryan pun tak ketinggalan untuk mendapatkan pengalaman ni. Awal pagi lagi dah bangun, siapkan diri and tak sabar nak ke sekolah.
Students dibahagikan mengikut tarikh pendaftaran hari tu, so adalah beberapa muka yang dikenali masa Ryan di kindy dulu. Ada juga beberapa orang kawannya yang sama masa di kindy dulu.
Menjenguk hanya di puntu kelas ajelah, Nampaklah muka pun masih sayu aje sebab bangun awal pagi sangat. Tak apa, lepas ni nanti biasalah dah. Ini sebab dah lama bangun lewat kan.
Hari Orientasi ni, pelajar didedahkan dengan lagu-lagu sekolah, beberapa aktiviti juga disediakan. Tak lama lepas tu ada juga replacement test untuk tentukan kelas bila masuk sekolah nanti.
Dah 40 minit berada di dalam kelas, so nak break and makan time. Pihak sekolah akan menyediakan pakej makanan untuk anak-anak Darjah 1, ada break and lunch time.
Seronok nampak anak-anak ni makan, time snack time ni ada bihun goreng Singapore dan cereal juga. Nanti bila hari persekolahan, cikgu-cikgu yang akan menemankan anak-anak ni makan.
Happy nampak makan beramai-ramai tu, kalau tak rumah sampai kena paksa makan kan. Kat sekolah semuanya makan, even vege pun, kalau tak rumah, nampak sayur siap kena ketepikan lagi. Haishhh la anak. Tak sabar nak tunggu 12 January untuk hari persekolahan sebenar.
No comments:
Post a Comment