Nuffnang Ad

Wednesday, 15 November 2017

Sepetang di Pavillion


           
Kalau Sabtu kena datang bertugas atau menghadiri kursus kenalah datang demi kerjaya. Tapi seronok juga cos boleh take time off dari menjadi Soccermom kejap.

I dalam proses menguruskan badan, so banyak makanan kalau ke kursus agak limited sikit dengan menu yang tak begitu diluluskan so adakalanya balik rumah, singgah beli makanan lain.

Petang sikit, Daddy Jack ajak berjalan ke Pavillion pula, tapi bila ajak jalan dlm pukul 4 ke Pavi tu macam ada sedikit kecurigaan di hati. Bila masuk kedai LEGO, dah katakan mesti ada misi khas ni.

Dah alang-alang ke Pavillion, haruslah menyinggah ke kedai I juga. Kalau Daddy busy dengan Lego, I pun nak tambah koleksi my Duck juga.


Kebetulan, KL Collection ada keluarkan yang baru, sekali 3 la I beli. Itupun rasa menyesal tak beli yang putih sekali. Tengok di website, dah sold out dah.

Then we all menonton Ninjago The Movie, as usual... Daddy Jack yang paling excited sekali berbanding anak-anak dia.

Ni antara koleksi Lego yang masih belum dibuat, ni baru kat bawah, kat atas pun ada beberapa kotak lagi. Tunggu cuti sekolah katanya nak buat dengan the boys. Dah buat, nanti confirm bising almari tak cukup so kena beli almari pulak lah.


Saturday, 4 November 2017

Eat clean punya pasal

Sekarang ni I dalam proses for eat clean, sejak join this one group of strong women ni banyak ilmu-ilmu yang I dapat bila nak ber eat clean ni. Kebetulan pula, Village Grocer baru buka di belakang rumah ni so lagi mudaha banyak pilihan barang-barang fresh and imported yang boleh didapati disini. Bukan nak ckp kat NSK atau di Giant tak boleh ber eat clean, tapi adalah variety juga esp fruit and vege.

Kalau ada buat sale, salmon and seafood boleh tahan murahnya jugaklah disini. Beli cukup stok untuk seminggu ajelah, tak nak simpan lama-lama dalam fridge takut tak fresh.

La Juceria pun dah ada, senang sikit tak perlu pergi KLCC nak beli tapi untuk beberapa bulan ni nak detox secara eat clean dulu, tak nak consumed any juice dulu. After a few months nanti baru boleh minum balik.

Menyinggah rumah Ibu, selonggok durian menanti tapi I tak makan, Daddy Jack ajelah yang makan. I tengok ajelah.

After a week, kembali lagi menyopping barang masak untuk bekalan ke tempat kerja. I jarang membeli di kantin, selalu masak sendiri bawak bekal. Tak suka buat prep meal, takut tak confident so akan bangun seawal pukul 5 untuk siapkan bekalan from breakfast to lunch.


Balik kerja, cuba juga mencari masa untuk bersenam, walaupun di dalam rumah. Selalunya skipping, squat and jumping jack menjadi pilihan sambil tengok tv.

Ada masa tu Daddy Jack and the boys ada la mengumpan makan antara my favourite like waffle A&W no, saja aje they all nak uji samada I teringin atau tak. I beli buah kat kedai sebelah, dragonfruit, mangga and tembikai. Tak heran pun sekarang waffle tu, hihihihih.

Wednesday, 1 November 2017

Berdua sahaja

Kadang-kadang tu bila anak-anak dah besar, nak ajak keluar sekali memang payang. They all duduk rumah main games and tengok TV aje. Kalau keluar pun memanjang suruh balik awal aje. So dah macam tu, we all keluar berdua ajelah mencari mana-mana barang yang we all nak. Selalunya temankan Daddy Jack mencari baju kerjanya la.

Sebelum keluar, biasanya dah siapkan dulu makanan untuk makan semasa we all keluar tu. Maid pun ada tolong tengokkan apa yang patut juga nanti.

Berjalan-jalan tu, terjumpa pula dengan jalapeno ni, katany agak pedas juga. Belum pernah cuba lagi, beli and nanti nak cuba jugaklah.

Bulan Oktober adalah birthday Ryan, so kenalah mencari tempat nak buat birthday party dia pulak. Pilihan dia nak buat tournament bola, so tempat yang we all tahu hanya di Padang@1 Utama ajelah.

Seronok la bila tahu H&M dah ada make up section, lama dah mencari brush so kat sini ada banyak collection brush juga. Nanti nak mencari jugalah beberapa brush yang masih belum ada.

Kalau nak main game, time the boys ada memang selalu tak dapat peluang la, kena bangun seawal pagi masa Subuh untuk main game tu untuk satu set aje pun dah cukup bagus dah.

Sekarang ni kalau nak breakfast sedap sikit boleh ke Village Grocer for American breakfast, sedap juga and portion pun besar. Normally, I share dengan Daddy Jack ajelah tak habis.

Petang sikit, aktiviti berjogging seperti biasalah, tak pernah miss walaupun hanya dapat 2km sahaja.

My eat clean menu, ikan bakar, terung rebus dan juga peria goreng dengan telur. Dah dekat 38 hari I mengamalkan program eat clean ni, nampak berkesan juga pada badan ni, adalah susut sedikit. Insyallah akan diteruskan untuk 100 hari.