Nuffnang Ad

Monday 4 December 2017

Balls and Lego



Musim bola pun hampir berakhir dah ni bagi tahun 2017, tapi masih ada berbaki beberapa game lagi. Aktiviti training seperti biasa, walaupun dah mula cuti sekolah.

Kalau di Bandar Utama, game akan bermula dalam pukul 11 pagi, waktu tu memang dah panas terik dah. Kadang tu sampai tak larat nak bertunggu di tepi padang cos panas sangat.

Lepas habis game, tetiba Daddy Jack ajak ke Sunway pyramid. Ehh pelik jugak, selalunya jarang nak pergi tempat yang jauh-jauh ni. Rupanya ada rahsia yang tersembunyi.

Ada macam LEGO Fair di Sunway Pyramid rupanya, patutnya beria ajak. Kalau kita ajak saja nak berjalan ke sini memang tak akan dilayan lah.

Sempat juga nak bergambar, walaupun muka dah berlengas lepas main bola

Kena buat beberapa akvititi bagi mendapatkan reward juga ni.

Mana boleh tak membeli LEGO ni, kononnya nanti habis la, tak ada stok la dan bermacam-macam alasan lagilah. Tapi jenis minat anak beranak, turutkan ajelah. After all, bayar sendiri, kan so taklah kecewa sangat...hihihihih.

No comments:

Post a Comment