Nuffnang Ad

Saturday, 21 July 2018

Projek Puasa

Puasa dan Raya dah habis dah tahun ini, so far kami menyambutnya secara bersederhana macam tahun-tahun yang lalu juga tapi tahun ni agak terasa lain sikit cos menyambutnya tanpa Ayah tercinta. Ibu nampak kuat menyambut puasa tapi masih dalam iddah so hanya menunaikan terawih di rumah sahaja. Mostly untuk Ramadan kali ini, I banyak memasak untuk berbuka cos balik kerja awal sejam, so ada banyak masa untuk masak for iftar.

 Menu hari pertama adalah Nasi Ayam, menu pilihan Ryan

Sesekali teringin juga ke pasar juadah, tapi tak banyak membeli pun, sekadar murtabak dan juga pulut mangga aje.

Selalunya kena sediakan satu main dish dan juga kuih-muih. untuk kuih selalunya kena tanya dulu apa kuih yang nak dibuat. Kalau Danish, suka betul dengan kuih gulung ni, rasanya untuk puasa ni saja dah dekat 4 kali buat.

Kadang tu ada juga the boys nak makan nasi, tapi bukan nasi putih. Nak makan nasi tomato pulak

Balik kerja menyinggah Village Grocer tengok mangga sedapnya, beli la 2 biji, untuk dimakan dengan lebihan pulut yang masak untuk juadah berbuka tu.

Ada lebihan pulut buat kuih lopes ajelah, then share dengan jiran sekeliling juga.

 Yassss, dapat makan pulut mangga dengan puasnya

 Tangan dah tak kuat nak menguli doh, mujur ada breadmaker yang dibeli di garage sales masa di Adelaide dulu, senang keje.

 Mendonut la pulak, untuk Ryan sekali lagi.

Kadang menu simple aje, Mee Bandung dengan buah-buahan.

Adakalanya tekak just nak makan kerabu maggi dan juga ikan masin, goreng panas-panas, perah limau..ya ampunnnn sedapnya.

Dah malam-malam teringat pula tudung Duck yang baru keluar time Ramadan, Doily Collection, berpinar mata nak membelinya.

Roti jala juga tersenarai juga dalam menu berbuka puasa.

Musim durian pula, so buat kuah durian, cicah dengan roti jala.

Sizzling mee

Adakalanya permintaan anak-anak nak makan donut, so kita pun mendonutlah lepas balik kerja

Soto dan juga mee kari pembuka selera waktu berbuka puasa.

Danish ada minta buatkan bubur jagung, dari hari ke hari nak buat, dalam bulan puasa juga yang sempat membuatnya.

Kalau tak nak buat kuih, normally we all hanya beli murtabak saha, dalam 2 keping Itupun tgk mood masing-masing, kalau okay boleh habiskan time berbuka, kalau tak bawa sampai ke sahur habiskannya.

Kuih gulung ni untuk ke 4 buat masa di bulan Ramadhan. Ada aje permintaan kalau buat potluck sampai rasa macam jemu jugaklah.

Ada kawan office bagi ubi kayu dari kebunnya. Tak tahu nak makan apa dengan ubi kayu so kita buat something yang kita suka makan.

Bingka Ubi Kayu Gula, pujaan hatiku

Kadang tu ambil kesempatan untuk berbuka di masjid di kawasan perumahan ni, mendekatkan diri dengan Allah dan juga berkenalan antara jiran tetangga di masjid.

Meriah juga berbuka di masjid ni rupanya. Patutlah ada kawan yang memang setiap hari akan pergi berbuka puasa di merata KL membawa keluarga dan juga anak-anak.

Kadang tu, lepas terawih zasss pergi mengopi. Nak lepak mamak segan dengan segala jubah semua so singgah Mccafe ajelah untuk kopi kopi session.

Sempat juga bawa makanan dari rumah sambil kita bermoreh di McCafe.

Permintaan anak bongsu bila minggu akhir ramadhan adalah kuih karipap kentang. Maklumlah dah cuti sekolah, kan so banyak masa dihabiskan di rumah sahaja.

Kadang tu mee goreng aje untuk berbuka

Bulan puasa juga, tetap setiap mengunjungi kubur arwah Ayah.

Projek kuih koci yang dah lama ditinggalkan sejak duduk Adelaide dulu

Jenuh jugaklah nak pikirkan menu berbuka untuk 30 hari ni, ada yang tak makan nasi, tak nak menu yang sama, so kadang tu pusing balik menu sama ajelah. Laksa ni Daddy Jack yang nak makan, tapi the boys nak makan lain. Mana tak pening dibuatnya.

Sebelum berbuka, jam 7 petang time bulan puasa rajin melayan drama di TV1, Isteri untuk Diiktiraf. Memula tak layan, tapi lama-lama macam syok pulak.

Kuah durian untuk moreh lepas terawih

Hujung puasa, terasa nak makan Nasi Tomato pulak, tak sempat dah nak tunggu Raya. Alhamdulillah, puasa dan raya pun dah habis. But mood memasak kena sentiasa ada, tak kira masa.

Monday, 16 July 2018

Danish 13th Birthday

Dah dekat sebulan dah berlalu......anak sulung I pun dah masuk zaman remaja dah. 13 tahun pada tahun ini, seperti tahun sudah, tahun ini disambung dalam bulan puasa.

Bangun pagi, kena temankan we all ke Jalan TAR mencari songkok dulu, then baru ke tempat untuk beli hadiah pula. Jalan TAR mujur masa ni tak ramai orang, so tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Permintaan hadiah ke 13 tahun, nak boot bola. Walaupun orang sibuk nak buat persiapan raya, bola juga yang jadi pilihan untuk hadiah.

Lambat lagi nak dapat main bola, tunggu lepas raya, la baru kembali beraksi di padang. Pilihan kasut pulak warna putih, jenuh la nak menyentalnya.


Malam tu, Ibu ajak berbuka puas di luar. Ibu masih nak kekalkan tradisi untuk ajak anak-anak, memantu dan juga cucu untuk keluar berbuka di tempat yang selalu pergi masa Ayah ada. We all berbuka di Traders Hotel, tempat yang memang tiap tahun we all berbuka puasa disini since dari I duduk Adelaide lagi.


Makanan di Traders masih tetap sama, tak ada bezanya. Still sedap macam dulu. Tahun ni berbeza sedikit, kurangnya satu kerusi bagi kami menikmati juadah berbuka disini.

Happy 13th Birthday, Danish Imran. Semoga menjadi anak yang soleh, sihat tubuh badan serta diberikan kejayaan di dalam sukan dan juga akademik.

Tuesday, 3 July 2018

Persiapan Raya V1

Semua orang masih sibuk beraya ya, me masih nak terhegeh-hegeh buat entry psl persiapan raya kami sekeluarga. Tahun ini, persiapan kami biasa aje,  tak meriah sejak Ayah tiada. Even we all pun mcm tak tahu macamana nak sambut Raya pada tahun ini tanpa Ayah disisi. Tapi demi anak-anak we all buat mcm biasa ajelah. Tahun ni cuti sekolah selama 2 minggu, so lama jugak tu. Masa yang lama tu la baru we all buat persiapan raya untuk anak-anak.

Selalunya we all pergi petang-petang sikit cos lepas tu terus aje berbuka puasa di luar. Kalau pergi pagi, semuanya nnt bila balik ngadu tak larat and lembik semacam aje. So untuk elakkan bising tak larat...tak larat pergi lepas Asar. Tempat pertama kita terjah adalah ke Pavillion.

Konon mencari kasut raya, tapi boot bola juga yang dijenguknya. Kebetulan tgh musim World Cup so banyaklah boot baru keluar sekarang ni.

Takkan la nak pakai boot bola pulak time Raya ya, so kita tengok-tengok ajelah dulu. Lagipun training belum start lagi.

Masa banyak lagi, so merayap la kejap ke Lot 10 untuk membuang masa sementara tunggu waktu berbuka. Orang dah semakin ramai, mujur we all dah booking tempat berbuka dulu dah.

Raga rotan ni pun boleh dijadikan handbag, harga lebih kurang 200 juga bila tengoknya.

Daddy Jack berkenan sangat dengan kasut Stan Smith ni, dah lama berkenan. Dulu belikan untuk Danish masa kecil, now dia pun rasa nak satu. Kalau tak paksa beli, memang takkan beli la jawabnya so kita hadiahkan la untuk Daddy. 

Untuk musim Raya ni, Duck keluarkan special collection, The Doily Duck. I berkenan a few colours aje but so far baru beli satu aje. Masa melawat Duck Store ni, tengok tudung-tudung display dah dilonggok macam ni, alahai...sayangnya lah.

Tak beli pun, cos masa ni baju raya untuk i belum cari so tak tahu warna mana yang nak beli, settlekan dulu hal the boys, then baru cari baju untuk diri sendiri.

The boys pilih untuk berbuka di Tony Romas, mujur we all dapat last seat, itupun duduk depan sekali. tak kisahlah, janji dah settle tempat untuk berbuka.

Masa order nampak macam membazir aje, boleh ke 4 orang nak habiskan. Order set platter but still the boys insist nak order beef ribs. Tak sangka semua boleh habiskan sekelip mata aje, mujur tak order macam-macam lagi, kalau tak sure tak habis.