Nuffnang Ad

Sunday, 23 September 2018

School camping



Beberapa bulan yang lepas, Ryan pertama kali join camping sekolah under Unit Beruniform bg Kadet Tunas Remaja Sekolah. Kali ni ke area Kuala Selangor untuk camping. First time ni berjauhan dengan Mummy, so rasa macam okay la kan.

Sebelum pergi, ambil gambar dululah dengan Mummy. Nak peluk cium malu sebab ada kawan-kawan, piii rahhhh.

Gambar-gambar yang diambil dikongsi di FB sekolah, so dapatlah tengok apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sana.


Ada juga yang cikgu letak di group WA kelas untuk tatapan ibubapa yang lain.

Ni gambar yang cikgu di sana hantar personally. Ya ampunnn, berlumpur semua, macamana la simpan baju kotor tu nanti.

Dapat undangan kenduri kawin kawan office Daddy Jack di Shah Alam, so since tak ada buat apa-apa on weekend, so pergi ajelah. Sedap-sedap makanan semuanya, nampak menyelerakan tapi kena amkan secara berhemah, jaga badannnn.

Deco pelamin pun cantik juga

Pagi sementara tunggu ryan balik from camping, singgah breakfast di Village Grocer pulak. Nak makan big breakfast tapi macam besar portionnya so ambil yang simple ajelah.

Sanitarum PB tengah sale masa ni tapi dah banyak dah PB kat rumah tu beli online

Suka beli sayur di VG ni, nampak segar-segar dan hijau sangat

Selection of butter pun best sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Dalam pukul 2 Ryan dah sampai area sekolah, masa ambil nampak muka pun letih aje. So bila tanya, nak pergi camping lagi tak ? Jawapannya TAK NAKKK katanya...hehehehhehe. Tak apalah, at least kita dah cuba untuk cari pengalaman, kan.




Sunday, 16 September 2018

Hujung minggu at One Utama

Biasalah hujung minggu lepas cuti yang panjang, we all tak pergi mana-mana pun. Lepak rumah cos Danish ada tournament bola, lagipun tak ada plan pun nak berehat di mana-mana. Lepak rumah, main pool dan juga keluar jalan-jalan ajelah.

Berjalan-jalan di One Utama, singgah Muji untuk melihat barang-barang rumah dalam tu, tapi Daddy Jack still sukakan IKEA berbanding disini, katanya macam tak best sangat barang-barangnya.

Masuk Uniqlo mencari beberapa baju-baju untuk the boys yang semuanya macam dah tak nak muat, dan juga dah out of season dah semuanya.

Dah lama tak makan di Chilli's so kali ni kita singgah la makan walaupun menu yang diminta mmg sama setiap kali datang makan disini, hehehehheeh.

Merajuk kena tingga dengan Daddy dan juga Danish yang pergi ke MPH nak cari majalah, so kenalah pujuk dengan Molten Lava Cake ni.

Tak habis di Uniqlo, sambung ke H&M pula, sini pun shopping lagi

Masing-masing happy dapat bahagian masing-masing, Mummy aje masih mencari-cari apa yang nak dibeli. Baju dah banyak dah beli, so tak nak la beli baju.

Daddy Jack ajak masuk COACH nak tgk handbag, tapi entah, tak ada feel pulak nak berhandbag baru sebab yang ada pun masih tak dipakai lagi.

The boys and Daddy Jack yang masing tak jemu-jemu lagi nak bershopping. Di ZARA pun sempat lagi mencari baju masing-masing.

Well, takkan nak balik dengan tangan kosong kan so singgah Sephora beli compact powder dan juga foundation from Laura Mercier ajela. Bedak yang sedia ada macam dah nak habis so beli baru untuk letak di office juga.

Sunday, 9 September 2018

Sunway Pyramid sekali sekala

Well, we all jarang nak ke mana-mana shopping mall selain KLCC, ataupun Pavillion, sesekali menyinggah jugalah One Utama, tapi Mid Valley atau The Gardens dah makin jarang pergi. Bila Daddy Jack ajak pergi Sunway Pyramid, semua rasa hah, jauhnya nak pergi mall, but layankan ajelah. Sebelum tu singgah Starbucks dulu, the boys nak Frappe dan juga me nak jugak Iced Latte.

Iced Latte yang sedap, depan ni ada Family Mart tapi tak jumpa pulak Iced Latte yang diviralkan di FB tu.

Patutlah beria ajak ke Sunway Pyramid, ada makna rupanya....

Nak yang besar sekali tu untuk hari jadi dia, walhal hadiah LEGO besar ni tahun lepas pun tak buka kotak lagi, alasan almari dah tak muat. Dah tu, takkan nak tambah lagi, pening jugak ni

Menyinggah masuk Popular, nampak pula ada beberapa buku yang best juga tajuk-tajuknya

3 beranak ni masuk kedai game pula, mencari game yang terbaru tapi hasrat ditangguhkan kerana exam dah makin dekat.


Jersey World Cup dah makin murah sekarang, tapi team kita dah kalah, so tak perlu belilah. Tunggu Euro 2020 then baru beli itupun kalau masuk la kan. Kalau tak, kita tengok kat kedai ajelah.