Nuffnang Ad

Thursday, 23 December 2010

Summer is here

Summer telahpun menjelam, tapi belum la panas yang melampau, baru panas-panas manja aje, like 37 degree and belum panas melampau lagi, sampaikan heatwave tu.

Tapi dalam panas-panas manja pun, duduk dalam rumah berkuap jugak....the boys dok belenggeng aje dalam rumah, sambil tu makan tembikai untuk sejukkan badan, tapi tak boleh makanj lebih-lebih, kalau tak silap tembikai nie boleh membuatkan demam jugak. I dulu selalu kena macam tu, bila makan tembikai banyak sangat, nanti malamnya demam.

Wednesday, 22 December 2010

Kena perli habis

I am a Facebook addict..Yes it is..pagi bangun after my Subuh, bukak Facebook, check status terkini students, kawan-kawan and family...then, after kemas rumah, berfacebook lagi..pendek kata, Daddy Jack pun pelik tgk I dok layan Fb nie, entahlah, macam ketagih kalau tak bukak...heheheheh.

And also, I have Twitter account tapi entahlah lama sangat dah tak bertweet, tweet nie, tak boleh nak lawan dengan ketagihan ber FB I tu, entah kenapa, semalam tergerak hati nak updates and try nak layan Twitter..sekali ambik kooo, semua yang yang jadi follower I siap perli and memberikan kata-kata pedas lagi, you tak Elyn, you memberikan kata-kata perangsang..even my students pun sama jugak...cisss !!!! sungguh tidak sopan...hehehehe. Tak aper, lepas nie I update dua-dua, lepas geram punya pasal..and also, tunggulah I pakai handphone canggih

Wah !!!!!

My sister sms me from KL
"Yong, we all tgh shopping menggila kat IKEA nie"

And I balas

"Tunggu la saya balik nanti, shopping sekali lagi"

Dan inilah hasilnya shopping menggila mereka di IKEA, Beli balang kecil kaca untuk doorgift for my sister's wedding next year. Murah katanya, nie pun dengar cerita macam tak cukup, nak kena tambah lagi. Hmmm, teruklah nak menghiasnya nanti.

Tuesday, 21 December 2010

Let let the game begin

Daddy Jack and Danish pergi tengok game dengan Aqil and Abang Azul. Memang plan nak ajak Aqil pun sebabnya dia pun minat bola jugak. Kebetulan main kat home, and suppose nie adalah permainan yang terakhir kat Adelaide, so ajaklah Aqil untuk tengok bola kat sini.

Mascot Adelaide United ker nie? Hmmmm, I pun tak tahulah, maybe yer kut.

Oh yer...Aqil datang dengan Abang Azul..tak plan pun Abang Azul tu nak pi sebabnya die kesiankan Kak Azie tinggal sorang dengan Yaya di rumah, but Kak Azie insist nak suruh Abang Azul pi, takut Daddy Jack tak boleh handle dua-dua sekali.

Semua seronok yer, baguslah ada minat yang sama

Sebelum game bermula, ambil gambar dulu

Para pemain dah mula memasuki padang

Para penyokong Adelaide United, merah membara stadium dibuatnya





Towards the end, hujan turun dengan lebat..habislah..semuanya tak bawak jacket. Sure kesejukkan...akhirnya ramalan ku benar belaka..Adelaide United tewas kepada Melbourne Heart 1-2..hehehehe..kan I dah cakap..so balik Daddy Jack tanya, nak buat aper jersey nie...apa lagi...gantung la dalam almari.

Bola oh bola

Pagi Jumaat lepas, Daddy Jack bergegas ajak we all pi City, ingatkan nak shopping, rupanya nak ke Hindmarsh Stadium nak beli tiket bola untuk game malam tu. La..ingatkan apa. Buang masa sungguh la. Daddy Jack tanya, I nak join tak...ohhh tak kuasa la I, mana nak layan Ryan lagi...Daddy Jack kalau dah tengok bola, tak ingat dunia dah..baik I duduk diam-diam kat rumah aje.

As for Adelaide, teamnya Adelaide United, ala-ala Manchester United ajekan, warna pun sama, merah jugak, so tak ada bezanya dengan Manchester United pun. Tak aperlah Danish, nie kita kat Stadium Adelaide United, maybe 5 tahun lagi, Danish merasalah bergambar di Stadium Old Trafford pulak..insyaallah...

After beli tiket, bergegas pulak ke kedai sukan di City, Belatti Sports. Dah lama kedai sukan nie Daddy Jck nak pi tapi tak berkesempatan. Dah alang-alang ke City, then ada game pulak malam tu, Daddy Jack nak tengoklah kalau-kalau ada jersey Adelaide United yang baru.

Kalau setakat tengok-tengok aje tak ader hasilnya tak guna jugak, kan..udahnya belikan jugak untuk Danish and himself. Siap bubuh nama the player lagi.

Jersey for both of them...I said to Daddy Jack...I have this feeling that Adelaide United akan kalah malam nie..Daddy Jack tanya kenapa I cakap macam tu..I cakap la, everytime you beria-ia beli jersey apa bagai, sure team tu akan kalah..Daddy Jack cakap I nie percaya aje benda-benda karut tu..hmmm we'll see ya.

Daddy Jack gigih menyiapkan Danish while Ryan sibuk aje nak siap jugak. Kesian die, hmm nantilah yer Ryan, kita pergi bila Ryan dah well-behaved sikit. Nanti habis kerusi-kerusi stadium dipanjatnya and paling takut, main kat tangga stadium.

Peminat tegar Adelaide United, siap bawak muffler lagi. Masa nie dah pukul 6, game mula pukul 730 malam. Bergegas nak pi ambil peminat bola tegar sorang lagi pulak.

Monday, 20 December 2010

Tetamu from Indon

2 minggu lepas, we all menerima kunjungan tetamu from Indonesia. Actually, kawan satu uni with Daddy Jack, Santi namanya. Dah lama dah Daddy Jack nak ajak die datang rumah, tapi we all asyik terlupa aje nak menjemputnya. Kebetulan, die dan anaknya nak balik ke Indonesia untuk bercuti, so we all pun ajak la die datang, lagipun we all masa tu tak keluar ke mana-mana pun, kereta masuk workshop. So, nasi ayam ajelah sebagai hidangan tengahari.

Ni Santi, from Jogja. Dah setahun lebih die di sini. Mula-mula datang sorang, awal tahun nie diangkutnya anak die sekali. Husbandnya pulak akan datang tahun depan. Die dok kalut cari rumah untuk keluarganya. Sebelum nie, die dengan anaknya hanya menyewa bilik sahaja. Sedih dengar kisah die dengan kawan serumahnya, yang dikatakan gila...nak buat macamana, kan dah duduk di negara orang ini, macam-macam dugaannya.

Anaknya, Farah satu kelas ngan Danish. Masa mula-mula datang tu, macam malu-malu lagi..dah lama-lama ngan pulak. Yer la, Danish mana biasa ada kawan perempuan nie, so mcm malu-malu kucing la.

Bunga Cinta Lestary dengan Ashraf tak berapa nak Sinclair...hahahahah

Kesian Farah datang rumah kami, mainan semuanya mainan lelaki...tak ada barang mainan perempuan pun. So, main ajelah apa yang patut yer.

Lama jugak mereka bertandang ke rumah kami..dah dekat pukul 630 petang baru balik. Santi datang rumah kami naik bas, tunggu suaminya ada, baru die nak pakai kereta. Lagipun rumahnya tak jauh, cuma satu bus stop aje. Sorry la Santi, kami tak dapat hantar pulang yer...lain kali singgah lagi.

Yaya oh Yaya


Habis buku Danish yang dibawa from Malaysia dah dikoyakkan oleh Ryan the Lion. Kenapa Ryan ????

Rupanya, pada Ryan ada sebab kena dia koyakkan buku tu....apalah agaknya yer. Mula tu I tak tahu, lepas die dok golek-golek atas katil, then mulut dok ngomel-ngomel "Yaya, Yaya".


Ohhh, from his point of view, cartoon dalam gambar tu mengingatkan die pada anak dara Kak Azie, Yaya. Sebabnya, Yaya mmg suka sangat dengan warna pink. Ke mana Yaya pergi, sure akan berbaju pink.

Nie lah bestfriend Ryan, Yaya. Tahun depan Yaya akan mulakan alam persekolahan ke kindie. Merasalah Yaya bersekolah di sini yer.

Tak dapat gambar orangnya, tgk yang seakan-akan pun okaylah tu. Nak tido pun tengok-tengok gambar juga tu. Akhirnya tertidur. Tak aper, weekend selalunya kita pi jumpa Yaya and main kat playground, kan.

Saturday, 18 December 2010

I wish I had one

Last 2 weeks I received this catalogue abour homewares collection from General Trader. Remember my poached egg acuan tu..I beli kat sini lah, ingatkan kat Sydney aje ada, rupanya Adelaide pun ada jugak..cisssss.

Sesiapa yang malas nak kopek pisang, alat ini boleh membantu..Banana Peeler, tapi mcm gedik ajekan bila nak buat cekodok pisang dok pakai peeler apa semua.

I love this gadget..Pancake pen...bancuh the batter, then tuang dalam botol..then nak masak, just write down apa yang kita nak..hmm, kalau bercinta, sure romantik, kan..heheheheh.

Ohhh kalau demam, letak air sejuk dalam nie, rasa cantik aje kalau sesiapa dtg melawat, kan.

Terasa comel diri ini dapat pakai mini apron macam nie, masak pun ala-ala comel jugak.

Ohhh tak merasa buat cupcakes lagi, so nak buat cupcakes, kenalah ada stand nie, barulah menyerlah cupcakesnya.

Retro baking collection, I wish I had them all

Buat icing dengan cara mudah, rasanya Tupperware pun dah keluarkan this type of item jugak. Tak pastilah dah sampai Malaysia ker tak, sebabnya I dapat online catalogue from Australia.

BBQ bar, rasanya elok jugak letak atas meja makan untuk letak all the sos, kicap, sugar and salt, kan. What a great invention !!!

Recipe book holder. Hari tu ada jual kat Kmart, tapi tak berkesempatan nak beli.

Cooking Torch..I pun tak tahu lagi apa kegunaan benda nie but I think its for finishing touches like caramalized some food mcm marshmellows, kan

For those yang love sushi, so tak payah susah nak pakai bamboo mat untuk menggulungkan sushi. Just pakai this gadget and hasilnya sangatlah cantik. Some people nak letak macam-macam dalam sushi, so agak susah nak gulungnya, pakai nie nampak senang aje.

Botol sauce yang sangat cute rupanya. But the boys tak suka makan ketchup, but I love this bottles.

Hmmmm banyak sungguhlah godaan duduk di negara orang nie, benda pelik pun banyak jugak and makes me dying to have all of them.