Nuffnang Ad

Monday 30 April 2012

Fever

Selasa lepas, berkejaran ke Emergency di Women & Children's Hospital as Ryan's temperature is nearly 41 degree. Panas sungguh. Called GP but since Rabu tu public holiday so doctor tak ada so they suggest pi A&E terus. Itu yang jadi masalahnya di sini, kalau sakit demam ke semua kena buat appoinment dulu, bukan boleh main terjah macam di Malaysia. Pastu klinik buka sampai petang, tak ada 24 jam. Kalau pi Emergency pun, kena tunggu sampai berjam-jam lamanya sampai naik bosan.

 Lama juga di Emergency, Dr checked semua okay but Ryan dah phobia jumpa Doctor dah, melalak-lalak dalam wad. Sini, kalau Dr checked, keadaan perlulah tenang, tiada sebarang paksaan, so kalau budak tu dah menangis and menjerit, so they all suruh tenangkan dulu, baru boleh checked. Kan dah jadi lambat kat situ. Satu lagi I yang noticed, kalau demam tinggi macam Ryan nie, takl ada terus ambil darah mcm sistem di Malaysia, depa nak buat urine test aje untuk check. Pelik, kan. Tapi lagi pelik, bila demam tinggi macam nie hanya disuruh makan panadol dan minum air banyak-banyak.


Ingatkan after dah pi Emergency and doktor suggest ubat yang lagi better from Panadol, demamnya akan turun sikit tapi tak juga, bila pukul 5 petang, Ryan dah start crancky balik, then badannya panas balik. Nak jerlum dengan air sejuk atau air asam jawa memang die tak nak so mana suhu kepala tak turun, kan. Punyalah panas sampaikan we all takut nak ambil suhu badan die. So nak tak nak, Daddy Jack bawa pula jumpa GP kat klinik aje sampaikan Dr tu gelak aje pada Daddy Jack sebab dah pergi Emergency, pergi klinik pulak. Ehhh, anak kita, kan..bila bab demam-demam nie bukannya boleh buat main. So dengan doktor di klinik, Daddy Jack minta antibiotik walaupun doktor tu kata tak payah. Antibiotik adalah sangat susah nak dapatkan dari doktor sebab kalau boleh, mereka nak elakkan penggunaan antibiotik tu. So, after makan antibiotik, demam Ryan pun bernasur-ansur turun and dah seperti sedia kala balik. Phewwww !!!! 





Friday 27 April 2012

Kau pergi tak disangka


Seminggu dah I tak menulis apa-apa disini, seminggu yang cukup menyedihkan. Jumaat lepas, dapat berita yang paling mengejutkan bila adik sepupu I telah pulang ke rahmatullah secara tidak dijangka. Jumaat pagi kira-kira pukul 6pg (waktu Adelaide) I bangun untuk Subuh, sebelum tu sempat tengok handphone dulu. Tengok ada sms dari Ayah yang beritahu sidang Parlimen tamat pukul 3.21 pg (waktu Malaysia), satu rekod dalam sejarah Malaysia. Then tengok Kak Nyah and Abby ada hantar Whatsapp..masing-masing tanya samada I dah tido atau dah bangun. I pun tak pikir apalah, maybe mereka ada benda nak cerita. Then I buka FB, tengok my adik-adik, and my cousin dok post psl my late sepupu nie. I mulanya rasa macam bermimpi so call rumah Malaysia, Ayah yang angkat so I tanya Ayah, Ayah cakap, mmg betul but Ayah tak tahu details sangat sebab Ayah baru balik, so kena tanya Ibu but Ibu still tido lagi. After letak phone tu, still rasa tak puashati, so I pun called my Ucik tanyakan berita itu. Belum cakap apa-apa lagi, masing-masing dah menangis sebab terlalu sedih mendengar berita itu.

Arwah meninggal akibat kemalangan jalanraya di Sungai Buluh. I pun tak tahu details macama kejadiannya tapi lebih kurang like kereta langgar belakang motornya then kereta dari depan seret Arwah sehingga 100m. Arwah nak balik ke Nilai waktu tu. Ya Allah, rasa sebak sangat bila kakaknya bercerita pada I semuanya. Masa jenazah samapi ke rumah, I nak sangat tengok wajah jenazah, nak suruh adik I ambik gambar, then MMS ataupun buat video call aje tapi separuh hati I tak sanggup nak lakukan. I bertanyakan Ibu samada Ucik and Cik Din okay cos Ayah Arwah ada sakit jantung but Ibu kata so far okay aje, cos masa jenazah sampai orang ramai lagi. But, I tahu, Ucik macamana...sure sedih yang teramat sangat. Anak bongsunya, tambah pulak dulu pernah kehilangan adik bongsu yang juga meninggal didalam kemalangan motor juga.



Oktober tahun lepas, Arwah sempat datang ke Adelaide bersama Ibu dan Hannan. I jaga makan dan minumnya selama 2 minggu, bawa pergi jalan-jalan sekitar Adelaide. So, masa I dapat berita on Friday tu, air mata memang tak berhenti menangis. Buka FB tengok gambar dan ucapan takziah dari kawan-kawan rasa pilu sangat-sangat. Maybe orang akan cakap ala, cousin yang meninggal so tak payahlah emosi sangat..ni bukan sebarang cousin, cousin yang paling rapat diantara kami.



Al-Fatihah buat Ahmad Azlan bin Jamaluddin (6 Jun 1992 - 19 April 2012). Semoga Adik tenang disana. Yong akan sentiasa mendoakan agar Adik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Friday 20 April 2012

Susahnya lah

Thanks, Mr Google

Adoiiii aiii, lama nya nak tunggu internet connection nie. Banyak cerita tergantung aje...Sabar Gina, sabar...Hopefully, by next week dah okay lah.


Wednesday 18 April 2012

Pindah randah

Thank you, Mr Google

Sorrylah yer, masih belum dapat menulis entry-entry terkini lagi sebabnya masih dalam proses membuka kotak-kotak barang dari berpindah ke rumah baru nie. So far, we all buat ikut bilik-bilik dulu. Hall dah hampir settle, even bilik pun sama jugak. Dapur haruslah settlelkan dulu, kalau tak settle, mcmana nak masak? Sini bukannya banyak tempat makan, kalau ada pun mahal sangat, sesekali aje bolehlah makan luar, kalau selalu parah jugak nak membayar bilnya. Mujurlah urusan perpindahan nie inlwas ada di Adelaide so dapatlah membantu dalam mengurus, mengemas dan juga membersihkan mana-mana yang patut.


Thank you, Mr Google

Agak letih juga beberapa hari nie, mengemas dan juga lap mana-mana yang patut. Apa yang perlu dibuang pun dibuang jugak. Banyak benda yang disimpan, kalau taknak guna, pejam mata aje buang. Malas nak pikir dah. Hopefully, dalam minggu nie settlelah bab-bab menyusun barang-barang yang dalam kotak sebabnya minggu depan dah start buka sekolah, so lagilah kelam kabut dibuatnya.


Tadi, baru settle technician datang, install our Foxtel, nie tgh tunggu internet pulak untuk disambung kembali. Dah seminggu dok berharap guna broadband aje, tak boleh tgk cerita melayu..dan yang paling penting, tak boleh nak online sangat masa memasak sebab tak ada wireless...huhuhuhuh. 3 hari tak buka email, inbox dah penuh macam nie, kalau seminggu tak bukak email, tak tahulah banyak mana.

Tuesday 17 April 2012

3 Way interview

Dah 2minggu cuti sekolah. Danish syoklah cuti nie sebab Atok and Tok Maknya ada di Adelaide tapi semalam sedih balik bila Toknya dah kembali ke Malaysia, tak apalah Danish..kita buat aktiviti kemas rumah untuk tempoh seminggu lagi. Minggu depan sekolah dah buka balik, so taklah bosan sgt duduk rumah, kan.

Beberapa hari sebelum sekolah cuti, sekolah Danish ada mengadakan 3 way interview diantara cikgu kelasnya, Miss Julie, Daddy Jack and also Danish. Overall, Danish is good in class, and very superb remarks from the teacher about Danish. Thanks, again Julie.

Sunday 15 April 2012

Danish first away game

Training cuma 2 kali, terus Danish dapat main away with Metro Stars di Klemzig. Ehh, boleh ker dah nak terus main game? Macam tak confident aje Danish nak main his first tournament...

Adoiiii aii....cute mute sungguh anak-anak mat salleh nie, muka pun sepesen aje semuanya.

Danish bermain dengan baik, even the other players pun. Taklah kasar sangat mereka bermain.

I think Danish ada talent untuk die mengembangkan bakatnya dalam bole sepak. Hmm kat Malaysia ada tak soccer school macam nie? Tak pernah survey dulu tapi my cousin ada aje join mcm klinik bola sepak di sekolah setiap Ahad, nanti perlahan-lahan kena survey jugak nie.



Ryan pun turut sama beraksi di tepi padang

We all dah janji if Danish score gol, hadiah menanti and Alhamdulillah, Danish berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya. Tahniah, Danish.

Cuaca yang begitu cantik dan panas, memang best. So, after the game, kita semua celebrate Danish dengan makan di restoran Arab ajelah. Malas dah balik rumah nak masak nasi sebab penat sangat..dasar pemalas.

Saturday 14 April 2012

Training session

Setiap hari Ahad, Danish akan ada training session bermula pukul 9-10 pagi di Campbelltown Soccer Club. I temankan sekali aje masa Daddy Jack kena pi airport untuk ambil my inlaws hari tu. Then, Daddy Jack dah ckp akan ambil lewat sikit cos nak bawa inlaws ke Sunday Market dulu.

Seronok tengok budak-budak main bola nie, there is no rules mcm orang dewasa, just basic one aje. Taklah kasar sangat pun corak permainan mereka, Coach mereka pun terdiri dari pemain-pemain bola kelab Campbelltown juga.

Bangga bila Danish jadi one of the trainee disini, satu-satunya anak Melayu, ada juga bangsa Cina dan juga India tapi rasa terharu tu lain la. Biasalah, seorang Ibu akan emosi bila tengok anak die meminati sesuatu perkara dan akan cuba sedaya upaya untuk menyokong apa juga yang diminatinya. Sessi latihan danish nie akan berterusan sampai September nanti. So, winter pun kena ada training jugak...huhuhuh, sejukkk brrrrrrr.


Monday 9 April 2012

Alhamdulillah

Im so sorry, busy sangat-sangat membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baru. Rumah kali nie dekat aje dengan sekolah Danish, seberang jalan aje, so lepas nie pergi hantar and ambil Danish from sekolah just jalan kaki aje. Dapatlah exercise sikit, kan. I will blog about the house later sebab hari nie nak angkat all the barang-barang keluar dari rumah nie, cos lori yang disewa harus dipulangkan dalam pukul 11 pagi.

Friday 6 April 2012

Like Ayah, Like cucunya

Tahun lepas, Danish pernah jadi Student Council Member selama sebulan untuk sekolahnya. Masa tu bangga sangat, ada ciri-ciri pemimpin macam Ayah juga.

Tak sangka diberi diberi penghormatan untuk dapat sijil from local MP. Oh Danish, Mummy sungguh bangga, tak sangka kalau difikirkan macamana susahnya Danish nak ke sekolah dulu waktu di Malaysia, sampai menangis-nangis tak nak ke sekolah, tak sangka di negara orang nie Danish boleh berdikari dengan sendirinya. Well done, Danish !

Newborn

On 1st April lepas, my adik Didi selamat melahirkan anak perempuan sulungnya secara normal. Memang tabik spring la kat my adik nie, ikutkan kakak-kakaknya yang lain semuanya anak sulung dilahirkan secara operation dan lelaki pulak tu. Ni dia dahlah anak perempuan, bersalin normal pulak tu.

Nur Audadi Amani...nama telah diberikan yang bermaksud 'Cahaya Kesayanganku Kesejahteraanku'. Tahun nie I memang tak balik Malaysia, so tahun depan nanti celebrate her first birthday sama-sama and kita buat besar-besaran la yer.

Thursday 5 April 2012

Under 7


Now, setiap Ahad Danish akan menjalani training bersama team U7 Campbelltown City Soccer Club pada pukul 9 - 10 pagi setiap minggu, sampailah bulan September nanti. Hmm, dah tak chance la I nak ke Sunday Market lepas ni. Itupun kalau Danish tak ada training, bolehlah curi-curi masa ke sana.

Segala preparations Daddy Jack yang uruskan, dari segi registration, jersey, kit and also the equipment. Danish pun cukup happy bila tahu yang die join team nie. Satu-satunya anak Melayu yang berada di dalam team nie. Bangga la jugak, kan.

Salah satu regulation s dalam borang permohonan nie, Danish already didaftarkan di bawah Persatuan Bolasepak Australia, if ada potensi boleh mewakili Australia. Hah? Wakil Malaysia ajelah, senang Mummy nak tengok..kang wakil Australia susah pulak nak tengok.

So, bila dah main bola, kenalah beli but baru. So nak but pun ala-ala International player, but Messi menjadi pilihan. All the best, Danish. Play hard and smart..make Daddy and Daddy proud of you !

Tuesday 3 April 2012

Mertua

Dah seminggu my parents in laws di Adelaide, so dah banyak tempat dibawa berjalan. Actually my brother in law pun datang sama tapi seminggu sahaja sebab kena cuti tak banyak so Sabtu lepas dah balik Malaysia so tinggallah PIL untuk 2 minggu lagi. Masa they all sampai Adelaide, me and Danish tak pergi jemput mereka di airport, bukannya taknak tapi Danish ada training bola so mmg tak boleh ditinggalkan pun. Lepas pick up PIL di airport, Daddy Jack terus bawa mereka ke Sunday Market then after that terus ambik me and Danish. Lepas sampai rumah, I punmenyinsing lengan memasak untuk makan tengahari pulak. Cantik tak sup I? Siap ada smiley potato lagi senyuman dalam masakan untuk family inlaw.

I thought Ibu aje yang suka membeli barang merapu di Sunday Market rupanya MIL pun ada juga membeli barang yang katanya jenuh nak cari di KL. Tak sangka jumpa pulak buku address nie.

Masa MIL kemas beg untuk agih-agihkan kiriman my family dari Malaysia, entah macamana MIL I bagi benda nie..I pun pelik jugak, tak pesan pun getah rambut nie. So I saja nak kenakan Daddy Jack sebab diakan berambut panjang. Suruh potong asyik tak nak aje, nak merasa rambut panjang, lepas 3 tahun dah tak boleh nak berambut panjang dah. So I cakap dengan Daddy Jack ni Ibu kirim untuk die pakai pergi uni, asyik pakai getah hitam aje so maybe Ibu rasa tak cantik, baik pakai yang ada riben and batu permata macam nie, nampaklah cantik sikit...hahahahhaha.

Monday 2 April 2012

Light saber

Tengah ada clearence di Kmart. Entah masa bila la Daddy Jack nie minat Star Wars pulak.

Tak nak menjadikan rebutan antara Danish and Ryan kalau beli satu, so angkut 3 sekali dengan warna yang berlainan. But still tak boleh buka kotaknya cos nak bawa balik Malaysia terus.