Nuffnang Ad

Friday, 14 February 2014

IKEA lagi

Tak sahlah kalau dalam masa sebulan tu kami pi jalan-jalan ke IKEA, tapi selalunya jalan dengan trolley yang penuh dengan segala macam mak nenek barangnya.

Yeay !!!! Beef ribs kembali lagi setelah menghilangkan diri sekejap. Dulu ada my blog reader yang bertanyakan harga sepinggan beef ribs di IKEA, kalau tak silap dalam RM19.90 and sangat sedap. Lembut aje dagingnya.

Plannya we all ke IKEA mencari katil untuk the boys di rumah baru ni. Memang we all dah beli katil KURA untuk 2-2nya tapi Daddy Jack macam sayang nak bukak di rumah sewa ni, nak simpan buka dirumah kami sendiri nanti. Punyalah dia survey satu katil ni yang cantik. Bila pergi the crew cakap tak pernah ada pulak tapi we all yang pelanggan ni punyalah tak puashati, cari balik dalam online brochure tu yang dah we all simpan dalam phone. Bila crew tu tengok, then dia senyum-senyum, rupanya katil tu akan tiba bila new collection start, punyalah malu we all...nampak sangat memang gilakan IKEA.

Gedebuk gedebak, 2 jam lebih jugaklah we all dalam tu, dengan orang yang ramai serta nak memilih barang-barang untuk masuk rumah baru kami ni. So the boys tetap beli katil masing-masing, tak perlu nak tunggu new collection dah.

Balik from IKEA, singgah kejap di AEON Big aka Carrefour untuk beli barang-barang dapur pulak. Since on Saturday telah diistiharkan as No plastic bag Day, mujurlah we all masih menyimpan beg-beg plastic Coles and Woolies since dari Adelaide lagi, so jeling ja orang tengok kami bawa our shopping bag sendiri, ada juga yang macam senyum sinis and sure cakap we all ni poyo. Memang la poyo, at least kami taklah perlu nak bayar 20sen nak beli plastic bag.
 

4 comments:

  1. Replies
    1. I pun bukannya pergi sesalu, nak cari barang ja rajin singgah

      Delete
  2. shopping sabtu selalu lupa bwk plastik sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun adakalanya terbabas jugak

      Delete