Nuffnang Ad

Thursday, 13 February 2014

Balik Kuantan kite

Phuhhhh, lama sungguh tak update blog ni, busy memanjang tambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas lagilah malas nak duduk depan komputer lama-lama.

Cuti panjang Chinese New Year lepas we all berpeluang la balik ke Kuantan. Last balik masa Kak Cik kahwin dulu so lepas tu tak balik-balik. Ingat hujung tahun lepas nak balik, tapi bila kes banjir so stop kejap. Tambah pulak balik cos Ayah cakap kat depan rumah Ayah dah ada padang futsal, apalagi menggelitik la cucu-cucunya yang minat bola ni nak balik.

Cuaca memang sangat panas, pukul 5 macam pukul 3 petang teriknya matahari. Tapi itu tak melemahkan semangat peminat-peminat bola tegar nak turun padang untuk bermain bola. Seronok dah padang depan rumah Ayah tu, dah ada beberapa alatan exercise yang disediakan oleh MPK, so petang-petang ramailah yang bersenam. Bila dah ramai orang, so adalah yang dah buat jualan walaupun hanyalah jual air dan buah-buahan.

Tepat pukul 5, terdengarlah suara riuh rendah di padang futsal, dah ada ramai yang menunggu nak ambil tempat dan posisi masing-masing.

Ibu pun rajin jadi peneman the boys main bola, tapi kena buli dengan cucu kena jadi goalkeeper ajelah.

We all kalau balik Kuantan, sure akan singgah ke Pasar Besar mencari lauk pauk yang segar untuk dimasak. Paling best bila cari sayur-sayur kampung yang sangat segar dan bermacam-macam jenis.


Bertambahlah makan tengahari di Kuantan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang terhidang aats meja.

Tak sahlah kalau balik Kuantan tak singgan East Coast Mall, tai kali ni ECM mcm tak best cos banyak renovation. Starbucks pun dah tak ada, yang ada hanya di TC dan juga Megamall, malas la nak pergi jauh-jauh. Si kerinting ni lama nak makan donut, nampak Big Apple terus serbu.


Tak habis-habis dengan boot bolanya, tambah pulak dah ada keluar pulak pattern yang baru.

Bila sorang dah beli, kenalah belikan untuk yang kerinting ni. Kalau Danish sibuk nak jadi Neymar, adiknya teringin pulak nak jadi Ronaldo.


Kuantan sangat panas tidak terkata, mujurlah BOOST ada buka disini so Watermelon Lychee Slushies menjadi pilihan.

 Jenuh berjalan, udahnya di kerinting ni tertidur dalam kereta, strolller memang dah berzaman tak pakai dah since di Adelaide lagi so now kena usung guna trolley la. Mulanya Daddy Jack sanggup nak dukung tapi lama-lama tak larat cos dah besar and berat la sikit so I masuk AEON then beli matress protector and pillow bentang dalam trolley agar nak bagi selesa sikit.

Kalau balik Kuantan, tak sahlah kalau tak singgah Restoran Zaman nak makan nasi lemak. Kebetulan pula we all pergi masa cuti CNY so memang penuhlah restoran tu dengan orang nak breakfast dengan nasi lemak tersohor ni. Nak ambil nasi kat bahagian belakang kena beratur panjang. Orang yang membeli bukannya sebungkus dua tapi paling sedikit pun sepuluh bungkus.

Selain nasi lemak, roti canainya pun sedap juga. Lembut dan garing aje. Sesiapa yang nak berkunjung ke Kuantan, patut try Nasi Lemak Zaman ni, kalau boleh datang seawal yang boleh if not memang kena berebut meja dan juga beratur panjang untuk makan nasi lemak aje.

4 comments:

  1. nat dilahirkan di Kuantan .. pernah datang kuantan di rumah pakcik semasa cuti sekolah .. then pernah g ngikut kawan kenduri kawannya di kuantan juga .. last year pernah ikut kawan juga g umah akaknya di rompin pahang ... ermm . besar pahang ni .. tak leh nak cam & tak leh nak tau mana nak mulakan penjelajahan .. nak mulakan pun kene ada uwangnya kan ... hehehehe .. !!! 1 day i'll be there

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya puin if balik Kuantan, lepak bandar Kuantan ajelah, tak pergi mana-mana pun

      Delete
  2. Replies
    1. Yer memang Lily, berjam tunggu nak makan nasi lemaknya

      Delete