Nuffnang Ad

Wednesday, 19 February 2014

My Ryan

 Anak bongsu saya ni memang banyak peelnya, ada aje benda yang kadang buat stress dan kadang-kadang suka nak gomolnya. My kerinting aka Ryan Irfan.

Sejak balik Malaysia, rambut memang kenan potong pendek la. Kalau tak masam sangat berpeluh lepas main bola. Antara aktiviti wajib makan roti canai kat mamak.

Sepanjang 3 bulan pertama berada di Malaysia, sempatlah masuk kelas tadika kejap. At least dapatlah basic reading and writing sikit.

 Nampaklah perubahan menulisnya, pandai dah mengeja beberapa perkataan dan membaca buku

Sejak Januari bila dah masuk proper school, semua gadget telahpun disimpan, dah tak ada dahlah tgk online cartoon. Cumanya akan diberikan bila cuti sekolah sahaja. Weekend tak digalakkan sangat cos I dah penuhkan dengan aktiviti masing-masing.

Habis segala buku dicontengnya, tak kisahlah apa jenis buku pun.

Kadang-kadang tu I curi-curi pi intai dia kat sekolah. Nampaklah aktiviti Ryan dengan kawan-kawan dia. Alhamdulillah, ramai dah kawan-kawan dia, yang celebrate birthday sama-sama dlm kelas pun ramai juga tu yang setiap kali balik asyik bertanya bila birthday dia sebab tak sabar nak sambut dengan kawan-kawannya.

No comments:

Post a Comment