Nuffnang Ad

Wednesday, 20 May 2015

A day before his big day

Sehari sebelum konvo, we all ke satu tempat untuk membeli jubah, well ada aje jubah yang boleh disewa tapi Daddy Jack plan nak pakai his own robe bila kena menghadiri majlis konvo di uni sendiri so better beli ajelah.

His proud moment...after kerja keras for 3 1/2 years kan.

So, lepas settlekan all his jubah semua so kita menuju ke City pula, berjalan-jalan menghabiskan hari-hari percutian ke Adelaide. Cuaca nyaman, tak panas tapi sejuk. 

Persiapan awal untuk hari raya...kaki hanya ada dua tapi nak kasut sampai 5 pasang sorang. 

Latest collection from Adidad, A Pharell collection. Semuanya menggunakan warna-warna yang terang, cantik juga for a few colours.

Still ada banyak persembahan-persembahan menarik di sepanjang Rundle Street ni, even ada buskers,   dance act even kids pun ada buat performance disini.

 
Kalau dah ke Rundle Mall, sure la akan singgah makan di restoran kegemaran anak-anak juga. Dah lama sebut-sebut nak datang makan ke sini sejak dari mula jejakkan kaki ke Adelaide lagi. So tunaikan la permintaan anak-anak tu.

Rasa dan lauknya masih sama, tetap kick seperti dulu juga, tiada perubahan. Dan anak-anak pun makan tetap berselera macam dulu juga.

I really miss this Cibo, tempat melepak bila mengopi dulu.

Dah mula mengilai barangan from kikki.k pulak. Terjebak dengan barang-barang stationaries dia. Kebetulan pula masa datang ni tengah ada less untuk certain products, haruslah angkut mana-mana yang patut.

Harap dapat buat my workstation di rumah macam ni, barulah senang nak work from home. Sambil kerja, sambil berkreatif dengan stationary yang comel-comel tu.

Lepas makan, berjalan-jalan lagi sekitar city, kali ni menuju ke Harley Heaven pula, nak beli some souvenir disini.

Selain Tshirt Hard Rock, Daddy Jack juga mengumpul Tshirt from Harley Davidson

Belum termampu nak angkat satu motor, cukuplah sekadar beli tshirt buat kenangan.

Dah balik, singgah sekejap di sekolah lama Danish untuk bertemu dengan kawan-kawan lamanya serta guru-guru yang pernah mengajarnya. We all datang sebelum beberapa minit sebelum waktu sekolah tamat.

Selama 3 tahun bersekolah disini, banyak memori manis disini. Persekitaran sekolah yang baik, guru-guru yang sangat friendly serta rakan-rakan anak yang comel-comel semuanya. Teringatlah kenangan manis menghantar dan mengambil anak-anak setiap hari pukul 3pm disini.

Disinilah tempat menunggu bila nak tunggu Danish keluar sekolah. Then, the boys akan main sekejap di playground ini till 330pm then sama-sama balik menyusuri padang sekolah untuk balik ke rumah.

After Danish jumpa his teachers, bawa pula Ryan to his kindy..pun sama juga tujuannya untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu kesayangannya.

Mereka masih tetap sama sepeti dulu, ceria dan friendly. Jasmine, Patricia and Sae-yong yang we all kenali semasa menghantar Ryan ke kindy dulu. Sangat friendly orangnya and suka cara mereka ni mengawasi anak-anak. Thanks for all the kindness and thoughts.

4 comments:

  1. ^_^

    Moga sy pun berkesempatan ke sana ...

    ReplyDelete
  2. mesti dia rindu kawan2 dia yer. skang ok ke dengan kawan2 baru kat sini>

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far, okay aje kawan-kawan sini Eliss, tapi banyak yang kena kawal la kan

      Delete