Nuffnang Ad

Wednesday, 6 May 2015

Queen Victoria Market, Melbourne

Tertinggal pulak entry Melbourne ni ha, sorry la lama sangat nak menghabiskan entry perjalanan ke Australi pada March lepas. Kalau ke Melbourne, mesti kena singgah ke Queen Victoria Market untuk membeli souvenir untuk rakan-rakan serta saudara mara yang diingati.

Dah beberapa kali ke sini, so tak perlulah pusing satu pasar untuk melawat-lawat so terus menuju ke tempat membeli souvenir aje terus.

Dulu tak kisah sangat nak membeli souvenir for the boys, tapi since dah setahun balik and dah masuk sekolah so kenalah membeli untuk guru kelas dan juga kawan sekolah sebagai tanda ingatan.

Alat muzik tradisional kaum Abo yang dikenali sebagai didgeridoo

Of course la, trademark kalau ke Australia ni boomerang menjadi salah satu barangan souvenir.

Lama menunggu Kerinting memilih untuk cikgu-cikgu dia, ada siap nak bagi cikgu kelas sebelah lagi. Fridge magnet adalah yang paling senang sekali untuk diberikan tanda cenderamata.

Banyak jenis souvenir dijual disini tapi since we all hanya datang sebagai pelancong so tak banyak yang boleh dibawa balik.

If kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Melbourne, belilah souvenir disini, banyak pilihan and bermacam jenis barangan ada dijual disini, dari key chain, fridge magnet, pencil case, tissue holder and jam meja pun ada. Harga pun murah and affordable. Jangan lupa siapkan list dulu sebelum nak beli cos nanti kesian, ada pulak yang tak dapat.

4 comments:

  1. yeppp nisa pun pergi melbourne april lepas.. kat sini la beli souvenir. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah-murahkan souvenir kat sini

      Delete
  2. asslm sis... ada hari tertentu ker pasar ni bukak?

    Any tips untuk melbourne?

    tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis
      Maaf lambat balas komen
      boleh refer ke website Queen Victoria Market.
      Tips: tips yang mcmana tu ya

      Delete