Nuffnang Ad

Monday 29 February 2016

Ikea dan lego

As usual la kan, pagi hujung minggu breakfast selalunya di kedai mamak NZ Wangsa Maju. Selalu makan biasa la, roti canai cicah kari kambing. Selalunya lepas training di KLFA, balik terus singgah ke sini. Si kerinting ni entah kenapa lately suka pulak nak membawa "teman" keluar berjalan sama-sama. Kadang tu bawa dinasour tapi kali ni bawa Woody pula sebagai peneman.

So Woody just tengok ajelah yer kita makan roti telur, minum teh tarik sekali. 


Lepas settle breakfast, lari kejap ke IKEA, misi mencari almari untuk koleksi Lego Daddy dan juga anak-anak. Dah tak muat dah di ruang tamu tu. Buat banyak-banyak pastu baru perasan tak ada tempat nak letakkan koleksi Lego yang dah dibuat tu. Ke IKEA la kita cari jalan penyelesaiannya.

Dah settle di showroom, now nak cari barang yang bulk size pulak. Section ni Daddy la yang incharge, we all tunggu di trolley ajelah.

Selalu macam ni la, nak beli lain end up penuh trolley dengan apa sahaja barangan yang beli dulu, fikir apa nak letak kemudian.

Dah settle bayar, perut mula terasa lapar so kita makan yang ringan-ringan ajelah. Hotdog and Pepsi pun dah memadai.

Malam tu juga berkunjung ke KLCC, alasan almari Lego macam tak begitu nak penuh so nak menambah koleksi Lego lagi. Itu hal Daddy dan juga anak-anak, I tak kuasa nak masuk campur.

Setiap hujung bulan, macam ginilah trolley beli groceries, tapi adakalanya tak juga membukit macam ni. Selalu we all beli barang basah 2 minggu sekali, sayur tu kalau balik sekolah singgah kejap kedai mamak beli sejenis sayur aje.

Sofa yang we all beli time Raya tahun lepas, masih putih bersih lagi belum ada noda yang tercalit. Tengah nak berkira-kira beli cover yang lain pula, tunggu raya nantilah.

Koleksi Lego Daddy dan juga anak-anaknya. Hasil yang dibeli dari Adelaide, dan ada juga yang dibeli di sini. Mostly beli di Toys R Us ataupun Box of Bricks.

Tak pernah tak datang ke IKEA buat kali kedua. Ada sahaja benda yang tertinggal nak beli masa pertama kali datang. I suka aje datang ke sini 2 atau 3 kali, macam-macam idea deco boleh dapat.

Lepas dah siap mandi sementara nak tunggu dinner, main la Lego kejap. Jenuh juga nak pasang piece by piece, selalunya Daddy yang akan settlekan sampai habis. Ni pun ada dah aim a few new collection. Hasihhhh, mujur sentiasa ada stok makanan, kalau tak ada, alamatnya kita semua makan Lego ajelah yer.

2 comments:

  1. rajin nye...bf pun byk logo dia..tp tak beli lg almari cmtu..dh aim tp x beli lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak letak almari, semak pulak mata kita lihat bersepah-sepah kat luar, so better letak dalam almari kasi tersusun sikit

      Delete