Nuffnang Ad

Thursday, 28 December 2017

Team Pasar Malam

Selasa, Khamis dan Sabtu adalah hari pasar malam di Melawati. We all kadang rajin juga menyinggah cari makanan disini. Salah satu favourite adalah Apam Balik Makcik ni. Filing dia tak kedekut, gula and kacang serta jagung banyak giler. Kalau bekesempatan dtg ke sini, cariklah makcik ni. Bukan jual apam balik aje tau, kuih lepat pisang and tepung bungkus dia da'bomb sangat tau.

Menyinggah pula di gerai Makcik Kelantan ni, baru bukak aje. itupun dah beratur panjang dah orang nak beli macam-macam jenis lauk pauk.

Kalau malas nak ke pasar tani, singgah ajelah beli ikan kat sini walaupun harga katanya agak mahal, tapi tak beli banyak pun, cukuplah bertahan untuk seminggu.

Kadang ada kawan yang teringin nak makan tepung bungkus ataupun lepat pisang makcik Pasar Malam tu so kenalah beli and sedekah kawan-kawan di office juga. Memang tak nafikan sedap sangat.

Wednesday, 27 December 2017

Bola-KLCC


Pagi sebelum pergi tournament, singgah makan breakfast dululah, lama di padang nanti perut lapar susah pulak mencari makanan. So singgah makan tosai dululah sebab senang dan cepat then baru bertolak ke padang bola.

Tapi tak begitu memberangsangkan game kali ini cos dah ada kalah 2 kali, sebelum ni belum kalah lagi, baru sekali seri. Start kalah bila Danish ikut trip sekolah ke Penang, masa tu semua dah down dah. Masa ni lawan dengan team yang katanya agak lemah pun kalah juga, mungkin sbb masing-masing mental dah koyak dengan game sebelum ini so masih takut-takut lagi.

Balik, singgah makan juga kali ni di area rumah la, Restoran Omak Den cos semua nak makan nasi ala-ala Melayu.

Malam while orang lain berehat di rumah untuk we all merayap kali, kemana lagi kalau tak tempat biasa la, KLCC.

Bila anak-anak dah habis exam, memang syoklah merayap sampai malam sekalipun. Kerja belakang kiralah kan janji boleh merayap...heheheheheh. Daddy Jack pun sibuk nak mencari baju kerja yang dah teruk untuk tahun 2017 ni, nak buka tahun baru dengan semangat baru katanya.

I pun nak membeli kasut running baru jugaklah, dah setahun pakai sampai lenjan kasut Flyknit tu, lagipun tahun 2018 nnt banyak juga marathon yang best-best untuk masuk. 

Monday, 25 December 2017

Hujung minggu ke Pavi



Weekend adalah waktu berjalan, kalau tak bawa the boys we all jalan berdua sajalah. The boys kalau tahu we all ada tujuan nak keluar berjalan pilih duduk rumah ajelah sbb tak nak jalan pusing-pusing cos bosan katanya. So kali ni we all keluar berdua ajelah.

Singgah Madam Kwans dululah untuk makan lunch, actually dah lambat pun dalam pukul 230pm baru nak makan, mana taklah masuk angin semua.

Masuk JD Sports, tengok-temgok kasut running untuk tahun 2018. Kasut yang ada sekarang ni dah lanyak dekat setahun dah so kena mencari kasut baru jugak ni cos banyak running events yang nak join tahun 2018 ni.

Oops ada keluar new collection, so hehehehhehe terima kasih Daddy Jack. Sayang you ketat-ketat.

Sebenarnya Daddy Jack tak tahu, I pun ada beli online juga, hahahahha so dapat menambahkan koleksi jugaklah my Oops ni.

Masuk Zara juga cos Daddy jack nak tengok baju kerja dia, nampak kasut ZARA ni lebih kurang sama aje dengan my sister buatkan, harga dekat RM200 lebih sedangkan my sister jual hanya RM99 sahaja. 

I dah tawaf and belek-belek baju kat bahagian perempuan and Daddy Jack tak settle lagi memilih baju kerja dia. Dia memang akan beli baju kerja disini, nampak style sikit. Tapi ada masanya baju Zara ni pun macam tak begitu cantik design dia so Daddy Jack akan ke Padini atau Mango Men pula.


Tuesday, 12 December 2017

Aktiviti Hujung Minggu


Aktiviti berhujung minggu selalunya duduk rumah ajelah sice cuti sekolah ni agak malas nak keluar sebenarnya, merata tempat ramai orang so kalau keluarkan pergi HERO untuk beli barang bsah nak masak ajelah.

Beli pun tak banyak, cukup setakat untuk masa 2-3 hari ajelah cos adalah masa nak dapatkan barang yang fresh sikit kalau beli awal pagi di HERO.

Breakfast rajin ambil telur dulu sebelum makan benda lain, bagi tenaga sikit la.

Kalau Ahad, kemana lagi kalau tak ke padang bola la untuk beberapa tournament yang masih belum habis lagi ni.

Selalunya, habis bola aje terus balik makan di luarlah. Adakalanya makan mamak tapi kalau teringin nak makan nasi Melayu, singgah terus di Kantin Asam Pedas di Ukay Perdana, terangkat kuah asam pedasnya, ambik set bawal goreng dan juga daging tetel, memang sedap.

Cuti sekolah, rambut pun still kena kemas dan pendek. Serabutlah tengok rambut panjang-panjang macam tak terurus aje.

Makan malam selalunya I ambil fruits aje. Stok buah kena ada sentiasa kat rumah but for now, dragonfruit adalah buah pilihan.

Since cuti sekolah, game semua dikeluarkan baliklah, tapi main game pun kena berpada-pada, cukup 2 jam satu hari, then kena cari aktiviti lain like baca buku cerita or tengok silibus untuk tahun depan, buat persediaan awal sikit.

UPSR dan PSRA result


 Dah selesai dah semua urusan peperiksaan UPSR dan juga PSRA Danish. Result pun Alhamdulillah, flying colours semuanya. Result PSRA keluar seminggu awal dari UPSR, so debaran tu sangat ketara.  I yang temankan Danish di dewan masa ambil result cos Daddy Jack busy sikit ada outstation. 
   
Alhamdulillah, keputusan PSRA mendapat Mumtaz iaitu Cemerlang.

Ustaz Zul, yang mengajar subjek Jawi, Khat dan juga Imlak. Baik orangnya, pandai mengambil hati para pelajar untuk memupuk minat para pelajar di dalam subjeknya.

Tahniah buat semua Ustazah dan juga Ustaz yang banyak membantu Danish di dalam sesi pembelajaran bagi subjek JAIS ni. We all balik from Australia pun tak banyak yang Danish belajar, just a basic thing aje so we all masukkan ke Sekolah Rendah Setiabudi, disinilah Danish belajar semua subjek-subjek agama selama 3 tahun. Kegigihan semua ustazah dan juga ustaz mengajar tanpa jemu membuahkan hasilnya.


Sehari sebelum peperiksaan UPSR diumumkan, semuanya maintain lagilah petang tu. Tapi bila malam menjelang, semuanya jadi tak keruan. Naik turun tangga, makan pun mcm tak lalu aje tapi gagah jugaklah habiskan then nak tidur pun mcm tak selesa.

Minggu terakhir persekolahan, 23 November tarikh UPSR diumumkan di seluruh Malaysia. Sekolah Danish umumkan dalam pukul 11 pagi so boleh access thru sms pada jam 10am. Tapi nak tunggu pukul 10am tu kan perasaan rasa macam nak beranak pun ada juga. I baca Yasin bagi hilangkan gemuruh tapi tersekat-sekat sebab rasa sebak sangat.

I dah tahu keputusan Danish thru sms and I bersyukur sangat-sangat atas keputusan peperiksaannya itu. Tak sangka sebenarnya keputusan yang begitu cemerlang. Tahun ini, kerajaan memutuskan tiada pengumuman pelajar yang cemerlang, just a simple ceremony sahaja.

We all menunggu daddy Jack untuk sama-sama ambik result Danish so nampak sangat kecut perut danish nak tgk result dia. Tambahan pulak kawan-kawan sekeliling dah bagitahu berapa result mereka so memang nampak nerveous betul mukanya.

Kami antara orang last yang datang ke meja kelas Danish. Tr English, Tr Najat minta duduk pun dah start nangis dah. Semua cikgu macam panik jugaklah bila tengoknya sampai ada yang berkata, selama ni nampak macho aje, mcm tough aje tgk....hiihihihi

Cikgu suruh buka file untuk tengok result pun entah berapa kali geleng kepala, tak sanggup katanya. I pujuk untuk tengok pun memula dia tak nak, tapi cakap tengok ajelah Danish dapat berapa, kita berserah aje ya. Perlahan-lahan dia tengok and terus usap muka yang dah basah dengan air mata.

Dah selesai semua, barulah nampak dia mula nak tengok result exam tu, seperti I juga hampir tak percaya apa yang keputusa itu diberikan. Bukan I tak yakin dengan kemampuan anak sendiri tapinya sebelum peperiksaan sebenar, gerak gempur, test after test markahnya tidak begitu konsisten, ada masa okay, ada masa tidak.

Cikgu-cikgu yang banyak membantu, especially Cikgu Syuhada yang bertudung pink yang duduk sebelah Danish tu. Beliau lebih kurang macam mak di sekolah yang banyak bagi semangat pada Danish untuk belajar dan juga bahagikan masa antara sukan juga. Sebenarnya semua cikgu-cikgu ingatkan Danish menangis sebab tak dapat 6A tapi hakikatnya dia nangis sebab tak sangka markah cemerlang macam tu 5A 1B cos untuk UPSR ni dia target dia hanya dapat 3A 3B sahaja sebab katanya dia macam give up dah last minute sebelum minggu UPSR tu.

Tahniah kepada semua anak-anak Gemilang 2017, cemerlang atau tidak kena terukan juga perjuangan di peringkat menengah nanti.


Tak jemu-jemu mendoakan kejayaan Danish dan juga Ryan. Lepas ni nak kena usaha lebih lagi, masuk peringkat menengah lagi banyak cabarannya.

Malam kembali beraksi training bola, kali ni nampak bersemangat sedikit cos dah lepas dah segala beban peperiksaan.


Tuesday, 5 December 2017

Trip anak beranak


Lepas habis UPSR dan PSRA yang lepas, sekolah Danish buat trip Darjah 6 ke Perak dan Penang selama 3 hari 2 malam.  Trip bersama kawan-kawan ni akan ke Perak, MAPS dulu then bermalam pastu baru ke Penang.



Tengahari melepak kat Starbucks kejap, ambil angin luar.

Just a light lunch ajelah cos pagi tu ada jamuan di sekolah, makan nasi lemak.

Then, anak bujang saya pun upload la gambar dia di sekitar MAPS tu bersama kawan-kawan. Nampak seronok aje bersama kawan-kawan.

Si abang dah sampai Perak, adiknya pulak ikut Daddy Jack pergi tengok bola di Pasir Gudang Jojor so I boleh la dapat berehat sekejap, sambil tengok TV.

Malam tu jugaklah keluar berita anak beranak di di TV, then pukul 3 am baru depa sampai ke rumah.

Dah semua tak ada di rumah, I melepak keluarlah jalan ke Melawati Mall, kebetulan pulak Toys R Us baru buka so menyinggah masuk la tengok apa yang ada dalam ni.

Banyak betul LEGO disini, silap-silap nanti lepas ni ada yang rajin aje senyap-senyap ke sini beli LEGO.

Anak bujang saya dah selamat ke Penang, naik feri dah. Balik rumah, Danish cerita la experience dia and ajak sekali nak pergi Penang lagi sekali dengan we all pula sebabnya tak dapat nak merasa makan nasi kandar. Okaylah, nanti kita plan ke sana ya.